Saturday, September 27, 2008

Kisah Sepanjang Ramadhan Tahun Ini

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan,
Salam Lailatulqar,
Salam Perjuangan.

Ramadhan telah hampir kepada penghujungnya. Mungkin sekarang kita sudah boleh menilai diri kita adakah hari-hari yg telah berlalu sepanjang Ramadhan ini telah dapat mentarbiyah diri kita seterusnya mendekatkan diri kepada ketaqwaan. Andai jawapannya adalah negative, masih ada beberapa hari lagi yg boleh kita optimumkan untuk amal ibadah kita.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, ada beberapa kisah kematian yg menimpa mereka2 yg disekelililng saya. Justeru, ingin saya berkongsi kisah2 tersebut, yg pada hemat saya, setiap kisah kematian ini memberi signifikasi yg berbeza di dalam hidup saya. Moga2 setiap satu darinya akan dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada kita semua.

“ Orang yg paling bijak itu ialah mereka yg selalu mengingati mati”

Firman Allah didalam al-Quran, yg bermaksud:

“Apabila tiba ajal seseorang itu, tidaklah dia dapat melambatkannya walaupun sesaat, dan tidak juga dia dapat mempercepatlkannya”

Kisah Pertama,

Berlaku di awal Ramadhan, pemergian seorang mujahidah, Siti Hajar Idzham, seorang pelajar tahun 1 di UIA Gombak. Saya bukanlah mengenali sangat dengan beliau, namun kami sama-sama berada didalam jalan dakwah. Justeru, kehilangan itu sedikit sebanyak dirasai. Alhamdulillah, Allah beri kepada saya kesempatan untuk menunaikan solat jenazah beliau di Masjid Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Selesai sahaja kelas pada pukul satu, terus saya memecut ke tempat sembahyang jenazah kerana sembahyang jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor. Dan Alhadulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya sampai ontime di sana, walaupun dalam keadaan jalan ke Kompleks Tabung Haji itu tidak saya mahir sangat. Itulah bakti terakhir yg mampu saya berikan kepada beliau.

Dan dengan menaiki motor buruk saya yg tidak ber ‘roadtax’ itu, Allah masih beri kesempatan untuk saya hadir ke pengebumian beliau di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam tanpa sebarang masalah, walaupun pada awalnya, saya ingatkan tempat pengebumian itu dekat shj, tp sbnarnya memakan masa sejam jg untuk sampai ke sana. Dan alhamdulillah, jenazah beliau selamat di kebumikan tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya perkara2 seperti inilah yg dapat memberi keinsafan kepada kita dan mengingatkan kita kepada kematian. Dan semoga Allah matikan aku di dalam keadaan di mana aku masih thabat dan istiqamah didalam jalan dakwah sebagaimana mujahidah Siti Hajar.

Kisah Kedua

Berlaku pada pertengahan Ramadhan yg lalu, menimpa salah seorang rakan sekelasku di Maahad Tahfiz Pulai Chondong dahulu, saudara Fathul Hakimi, pelajar jurusan architecture UIAM yg telah kehilangan ayahanda yg tercinta. Ayah beliau meninggal di sebabkan oleh beberapa jenis penyakit yg melanda. Namun saya tak berkesempatan untuk mengunjung beliau. Hanya sempat mengucapkan takziah apabila bertemu dengan beliau ketika majlis ifthar MTAQ baru2 ini.

Perkara ini sebenarnya mengingatkan saya kepada ayah dan ibu saya, yg perlu saya bersedia untuk menerima kehilangan mereka pada bila-bila masa sahaja kerana mereka berdua sudah tua. Justeru, saya perlu mencurahkan seberapa banyak bakti kepada mereka dan menjaga hati mereka berdua selagi mereka masih hidup.

Teringat kpd pesan ibu saya pada Ramadhan tahun lepas melalui telefon. Kata ibu:
“ Di kampung kita ni sudah ada 4 orang yg meninggal dunia dalam masa terdekat. Jadi, sekiranya ibu meninggal lepas ni, ada 3 benda ibu nak pesan..ibu ada 3 orang anak yg ibu hantar belajar agama, jadi yg pertama, ibu nak 3 orang inilah yg berada dalam kubur yg menyambut jenazah ibu nanti bila ibu hendak dikebumikan. Yg kedua, ibu hendak salah seorang daripada 3 orang inilah yg mengimamkan solat jenazah ibu nanti. Bincanglah diantara kamu nanti siapa yg kena jadi imam. Dan yg ketiga, sekiranya ada di buat tahlil, ibu nak 3 orang anak ibu yg ibu hantar belajar agama inilah yg mengetuai bacaan tahlil ibu nanti..”

Justeru, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tua kita selagi mereka masih hidup, bantulah mereka, tunjukkanlah sifat2 baik yg wujud didalam diri kita, agar wajah mereka berseri2 melihat kehadiran kita di sisi mereka.

Kisah Ketiga,

Berlaku di akhir Ramadhan, pada tanggal 26 Ramadhan beberapa hari yg lalu, saya telah kehilangan seorang sahabat dan rakan sekelas di Kuliyah Undang-Undang, saudara Zumratullah b Zakaria, yg telah pulang menghadap ilahi pada pagi 26 Ramadhan. Pada pagi tersebut, agak lewat saya sedari di handphone saya ada satu misscall yg tertera waktunya, jam 5.39 pg dan satu message yg tertulis: “ Salam, kawan kita Zumratullah meninggal dunia pg td coz accident balik kelantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Alfatihah..”..amat terkejut bila membaca msg tersebut. Sesuatu yg kita tidak jangka-jangka melanda mereka2 yg berada di sekeliling kita.

Teringat kenangan bersama beliau, Zum lah yg saya selalu minta tolong untuk isi attendance di dalam kelas Criminal Procedure 2 sem ni. Dan sebagai balasan, saya juga kena tolong isi attendance beliau bila mana beliau tak dapat datang. Selalu massage kepada saya andainya kelas tiada kelas dan sebagainya. Walaupun tidak banyak kenangan dengan beliau, tp beliau seorang yg baik, mudah untuk diminta tolong dan mudah untuk memberi pertolongan dalam pelbagai hal. Mungkin roommate beliau, saudara Zukhairi dan saudara Lukman lebih mengenali beliau. Dan pemergian beliau pastinya dirasai oleh seluruh warga AIKOL, samada rakan2 pelajar mahupun pensyarah.-maklumat lanjut boleh layari blog:
http://zukhairi-salehudin.blogspot.com

Begitulah 3 kisah kematian yg hadir didalam diriku sepanjang bulanRamadhan tahun ini. Moga2 kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yg berlaku. Bersedialah untuk bertemu dengan kematian kerana kematian itu pasti akan tiba.

Salam takziah buat keluarga ketiga-tiga arwah tersebut. Semoga Allah tempatkan mereka semua di dalam syurga-Nya bersama dengan nikmat2 Mu yg tak terhingga. Semoga apa yg berlaku dapat memberi pengajaran kepada kami yg jahil lagi degil ini. Al-Fatihah untuk mereka semua…