Saturday, July 18, 2009

Pemberitahuan

Assalamualaikum..
Salam Perjuangan..


Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa blog ini tidak akan diupdate sehinggalah tuan punya blog ini kembali bersemangat untuk update blog.

terima kasih kpd yg sudi berkunjung.
Segala kesulitan amat dikesali.

Wassalam

Monday, May 11, 2009

Takbir...Nizar MB Perak yg sah

Manusia yg merancang, Allah yg menentukan

di Petik dari Malaysiakini


May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.30pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.


juga boleh layari Harakahdaily.net

Takbir! Takbir! Takbir!

Sunday, May 3, 2009

Antara PRK Penanti dan PRK UIA, SPR dan STAD

 
Hmmm..Penanti dan UIA, SPR dan STAD (HEP)...apa sebenarnya kaitan diantara mereka ini? Anda nak tahu? Ayuh, kita baca entri saya kali ini.

Saya sebenarnya terasa agak lawak sepertimana tengok raja lawak Sepah bilamana saya mendengar keputusan SPR berkaitan dgn PRK Penanti dan perubahan peraturan dalam pilihanraya.

(Gambar: calon lama dan calon baru)

Saya memetik didalam harakah:

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pd 27 April lalu, semasa mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi prk dun Penanti, berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan “aman, tenang dan tanpa kesesakan lalu lintas,” selain “menyejukkan suasana” selepas berkempen.

Bila saya baca peraturan baru yg dibuat oleh SPR ini, terus saya teringat kat PRK UIA. Kalau kat UIA, dan mungkin di kampus2 lain, peraturan2 sebegini telah lama dilaksanakan. Di UIA, kempen utk calon2 tidak dibenarkan setelah pukul 12 tgh malam, mlm sebelum hari mengundi. So, segala kempen kena stop setelah pukul 12 tgh malam. Maka, bila hari mengundi, calon2 dah tidak dibenarkan berkempen.

Begitu juga berkaitan dengan perayu undi. Setiap calon hanya boleh ada 10 org sahaja dlm campaign group mereka. Tak boleh lebih dari itu. Inilah peraturan yg telah lama di buat oleh STAD UIA.


(Gambar: Gol kelima menanti di penanti)

Lantas saya terfikir, mungkinkah perubahan ini dicadangkan oleh ‘orang UIA’ utk dilaksanakan oleh BN? Hmmm..Maka BN terus memanfaatkan SPR yg merupakan boneka mereka utk melaksanakan perkara tersebut. Namun, adakah mereka tidak sedar, atau mungkin sudah lupa. Jadi, ingin saya ingatkan disini bahawa, walau sebodoh mana, sepelik manapun peraturan yg mereka buat, WUFI tetap menang di UIA. Justeru, adakah BN merasakan dengan peraturan baru itu, mereka akan dapat menang di Penanti? Hmm..ini yg ita tak tahu.

Memetik dalam harakah, Dato’ Mustafa Ali ada mengatakan bahawa dengan adanya pondok panas, pengundi lebih mudah utk menyemak rekod saluran mengundi mereka dan sedikit sebanyak sebagai ‘double check’ sebelum ke barong SPR.

Mengulas mengenai had penyokong pula, Mustafa melihat larangan itu dikeluarkan bagi menyekat jumlah peraih undi bagi Pakatan Rakyat yg lazimnya ramai pada hari mengundi.

Mustafa menyifatkan, tindakan mengehadkan jumlah penyokong itu juga tidak wajar dilakukan kerana bilangan penyokong yg ramai utk memeriahkan hari penamaan calon adalah perkara biasa.

Menurut Dato’ Mahfuz Omar pula, barong2 panas disediakan parti politik yg bertanding hanyalah utk membantu SPR dlm menyelesaikan perjalanan pembuangan undi dgn lebih baik dan segera, katanya.

“Kita tak kisah jika SPR nak jarakkan lagi barong, jika nak mansuhkan itu akan hanya menutup ruang parti politik utk memastikan penyokong parti masing2 ada akses kpd maklumat ttg saluran mengundi,” katanya.

Dr Dzulkifli Ahmad pula berkata:

“Tindakan dan peraturan yg dibuat ini memperlihatkan selepas BN tergugat dengan kehadiran penyokong2 PR yg semakin ramai. Apalah ertinya pilihan raya jika suasana raya itu sendiri dipisahkan pada proses pilihanraya ini,” ujarnya.

Apa yg dikatakan oleh Dr Dzulkifli di atas amat tepat. Di UIA, suasana pilihanraya pada hari pengundian seakan2 tiada erti dan tidak dirasakan kerana masing2 tidak dapat ‘mempromosi’ calon2 mereka. Sekadar beratur panjang utk mengundi.

Hmm..saya juga khuatir, mungkinkah di masa hadapan, segala peraturan2 lain yg tidak demokrasi yg dilaksanakan dikampus akan dilaksanakan utk pilihanraya di luar nanti. Adakah selepas ini, tidak akan dibenarkan lagi wujudnya parti2 atau group2 tertentu di dalam pilihanraya. Dan setiap calon hendaklah di calonkan atas stand individu sebagaimana yg dilaksanakan di kampus2. Mungkinkah juga selepas ini, kaedah terkutuk “e-voting” akan dilaksanakan diluar sana? Haa..itu yg kita tak tahu..hehe.

Wassalam. 
p/s: malam sabtu lepas berkesempatan hadir ke ceramah isu semasa di Putik. penceramahnya adalah Yb. Nik Amar, Yb Saifuddin dan juga Yb Ir. Nizar.
Antara yg menarik adalah berkaitan dgn analogi politik semasa dengan permainan bola sepak. Ada masa saya cerita di lain waktu.
Sedikit gambar di dalam dewan Putik...



              dapat duk kat belakang sekali..saifudin tgh berucap..dtg lewat, x sempat dgr nik Amar

                                              suasana penuh dalam dewan

      Ir. Nizar berucap..dia kecek kelate..tp jadi x berapa menarik sbb kurang menjadi..huhu 

                                                                    Habis dah...

Friday, May 1, 2009

Ranking Berapakah Kita?


Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kpd semua yg sudi dtg ke rumah saya baru2 ini. Terima kasih juga kpd semua yg sudi message saya..maaflah sebab message anda semua tidak berbalas.

Topik kali ini yg ingin saya bincangkan adalah berkaitan dgn ‘ranking’. Bila kita sebut ttg ranking, pasti ramai yg tertanya2 ranking apakah yg saya maksudkan. Di dalam sukan, hampir semua sukan ada memberikan ranking kpd player2 mengikut prestasi mereka. Ranking juga ada memainkan peranan dalam perkara yg amat berkait rapat dengan kita sebagai student, iaitu pelajaran. Siapakah best student dlm kelas, siapa yg dapat carry mark paling tinggi dan yg sewaktu dengannya.



As a Muslim…

Namun, pernahkah kita memikirkan ttg ranking kita sebagai seorang muslim? Agak2nya di ranking berapakah kita disisi Allah? Adakah kita di ‘class’ mereka2 yg ‘dean’s list’, ataupun di class mereka yg ‘3 pointer’ ataupun at least above 2.5. pernahkah kita fikir ttg ini?agak2nya, antara ramai2 pelajar Islam di UIA, adakah kita yg paling atas pada pandangan Allah?atau mungkinkah kita sekadar ‘pass’ disisi Allah. Itu belum lagi kita mengira ranking kita dibandingkan dgn seluruh umat Islam di Malaysia, apatah lagi jika mengambil kira seluruh umat Islam di dunia. Mungkin kita tidak dipandang langsung oleh Allah.

Mungkin agak susah kita nak tahu ranking kita jika dibandingkan dengan umat Islam seluruh dunia. Justeru ingin saya kecilkan scope perbincangan kita kpd ranking kita di dalam keluarga. Pernahkan anda fikirkan, pada pandangan ibu bapa kita, di ranking berapakah kita jika dibandingkan dengan adik beradik kita yg lain. Andai kata kita ada 9 orang adik beradik, adakah kita yg paling atas, atau sekadar no 5, ataupun mungkin yg paling bawah. Dalam erti kata lain, adakah kita anak yg paling disayangi kerana kita selalu hormat kpd org tua kita, tidak pernah melukai mereka, bahkan selalu menolong kedua ibu bapa kita..pernahkah kita fikirkan ttg ini?

Usrah..

Di dalam satu usrah saya bersama adik2, pernah saya bertanyakan tentang isu ini tatkala kami membincangkan ayat berkaitan dengan mentaati ibu bapa. Setiap seorang dari ahli2 usrah saya tanya berkaitan dengan ranking mereka di dalam keluarga mereka.

“agak2 nya, no berapakah ranking anta dalam keluarga kalau dibandingkan dengan adik-beradik yg lain”?

Ada diantara mereka yg jawab..mungkin no 2, mungkin no 3, mungkin no 4. Tetapi, tiada seorang pun yg berani mengatakan dialah ranking pertama dlm keluarga dia. Mungkin ada yg merasakan dia ranking no 1 tp segan utk mengaku.

Kita tinggalkan kisah usrah saya itu setakat itu shj. Apa yg ingin saya sampaikan disini adalah, andaikata kita diantara adik beradik kita pun kita tak dapat jadi no 1 pada pandangan ibu bapa, apatah lagi jika kita nak bandingkan dengan seluruh umat Islam di dunia ini? Sedangkan kita mengaku bahawa kita ini seorang yg memahami Islam, seorang pejuang Islam, seorang yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup, seorang yg berjuang utk mati syahid di jalan Allah tapi hubungan kita dgn ibu bapa pun sudah gagal..fikir-fikirkanlah.


Sentuhan kasih sayang…

Setakat pemerhatian saya di dalam keluarga saya, apa yg penting di dalam perhubungan anak2 dengan ibu bapa adalah sentuhan kasih sayang antara anak dan kedua ibu bapa. Cuba fikirkan, adakah menjadi amalan kita, bila kita pulang ke rumah setelah lama berjauhan, kita bersalaman dan mencium tangan ibu bapa, kita memeluk memeluk mereka, mencium kedua2 belah pipi dan dahi mereka. Adakah pernah kita menawarkan khidmat mengurut kpd mereka setelah penat mereka bekerja. Adakah ini menjadi amalan kita. Inilah yg saya katakan sebagai sentuhan kasih sayang anak2 kepada ibu bapa. Alangkah gembiranya kedua ibu bapa andai kita mampu lakukan sebegini. Mungkin kita tidak pernah melukai hati mereka, selalu hormat mereka, selalu ikut apa yg mereka suruh, namun, tanpa sentuhan kasih saying tersebut, kita tak mampu untuk jadi no 1.

Thus, Aim for the Top.

Monday, April 27, 2009

Insan Bernama Ayah

 

-Kisah ini saya paparkan bukan untuk menceritakan kisah peribadi hidup saya, jauh sekali untuk berbangga dan berasa ta'jub. namun, saya paparkan agar sama2 kita dapat ambil iktibar dan pengajaran di dalam hidup, terutamanya kpd mereka yg masih mempunyai ibu dan ayah.- penulis 

Bonda...

"kalau Him nak pergi, pergilah..dah tak ada apa2 dah antara kita..kita dah bermaaf-maafan segalanya..anak2 pun semua sudah bermaafan.."

begitulah kata2 azimat..kata2 keramat seorang isteri terhadap suami tercinta sebelum suaminya menghembuskan nafas yg terakhir. selang beberapa saat sahaja selepas kata2 itu diucapkan..suaminya pergi meninggalkan anak2 dan isteri degan hati yg tenang.

berkat doa seorang isteri, mengharapkan agar suaminya dapat pergi dengan tenang, sudah pasti dimakbulkan Allah.   

ayahanda...

tanggal 19 april 2009, bersamaan 23 rabiul akhir 1430 hijrah, lebih kurang jam 6.35 petang, ayahanda pergi meninggalkan kami semua. pergi yg tak akan kembali lagi..pergi untuk selama lamanya. 

ayahanda sudah lebih 2 tahun tak dapat berjalan..boleh dikatakan lumpuh dari paras pinggang ke bawah. mungkin disebabkan terlalu kuat bekerja diwaktu muda untuk membesarkan anak2 seramai 9 org, keluar diwaktu pagi ke bendang, balik sebelum zohor, kemudian keluar kembali selepas asar, balik pula sebelum maghrib, hujan, panas, lapar, dahaga, semua susah payah itu dilalui oleh ayahanda.maka, bila umurnya sudah menjangkau lebih 70 thn, barangkali tenaganya sudah habis digunakan. untuk apa dan untuk siapa tenaga2 itu? untuk kami dan untuk membesarkan kami anak2.

 aku...

pada tanggal 12 april 2009, aku menerima panggilan daripada abangku mengatakan yg sakit ayahku bertambah teruk. ketiga2 abangku yg berada di sekitar KL dan selangor ini telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung.

Aku…? Aku masih ada 3 paper yg belum selesai. 13, 14 dan 16. Aku jadi keliru. Andai kata aku balik hari ini, nescaya aku terpaksa ‘burn’ paper pada 13 hb. Paper 14 dan 16 mungkin masih sempat utk aku berkejar balik ke kuala lumpur. Kalau aku tak balik, berkemungkinan besar aku tak akan sempat bertemu dgn ayahanda yg sudah agak lama tak ku jumpa.

 
Lalu aku telefon ke kampung untuk bertanya khabar keadaan ayahanda disamping utk mendapatkan pandangan bonda. Bila ku ceritakan situasi ku kpd bonda, aku hampa krn bonda hanya menjawab..”ikutlah”..ah..makin pening aku dibuatnya. Andai kata bonda suruh balik, sudah pasti aku balik. Namun bonda meletakkan keputusan itu di atas diriku sendiri. 


Akhirnya, aku mengambil keputusan yg amat sukar dan berisiko..aku tidak balik…aku tidak ikut abang2 ku balik ke rumah. Aku ambil keputusan untuk ambil exam keesokan harinya! Betulkah tindakan ini..adakah bonda akan marah padaku..adakah aku akan sempat bertemu dgn ayahanda?..bermacam2 persoalan yg timbul. Tapi itulah pilihan yg aku buat, dan aku perlu berani hadapi risikonya.

 
Keesokan paginya, selepas selesai exam (terima kasih kpd sahabat yg tolong study sama2 mlm tu), aku balik ke bilik, terus aku mencari handsetku..hanya ada 1 miscall dan 1 msg.. msg itu m’khabarkan bahawa ayahanda sudah semakin stabil dan skrg berehat dlm wad, abangku minta aku selesaikan dahulu semua examku barulah balik kerumah..Aku bersa lega dgn berita tersebut. Dapatlah aku study dgn sedikit tenang. Abang2 ku yg balik ke kampung pun kembali pulang ke Kuala Lumpur. 


Selesai sudah semua examku pada 16hb, dan assignment terakhir ku berjaya ku siapkan dan hantar pada 17 hb (janganlah tangguh2 buat assignment),dan segala barang2 dlm bilikku sudah kuhantar ke rumah abangku pada waktu malamnya, akupun pulang ke kampung pada tanggal 18 april, menaiki bas pukul 9.30 pg.

 
Sebaik sahaja aku sampai dirumah dlm pukul 5.30 petang, terus aku menuju ke tempat ayahanda yg sedang berbaring diatas tilam di ruang tamu rumah. Disebelahnya ada bonda dan kakak iparku. Dalam keadaan mata yg sudah tak seberapa nampak, dan kedua2 tangannya yg sudah tak mampu diangkat, aku bersalaman dan mencium tangan ayahanda dan bertanya khabar kepadanya. Kakak ipar ku bertanya sama ada ayahanda kenal ke tak siapa yg baru balik ini, memandangkan matanya sudah tak berapa baik. Dengan tersenyum ayahanda menjawab..”kenal..takkan tak kenal…” seterusnya menyebut namaku bagi memastikan bahawa ayahanda betul2 kenal.

 
Malamnya, hanya tinggal aku dan bonda sahaja yg menjaga ayahanda dirumah. Aku tidur disebelah kanan, bonda tidur di sebelah kiri. Malam itu, seperti biasa, beberapa kali ayahanda mengejutkan aku untuk menukar posisi tidur, kadang2 dia minta aku letakaknnya menyenggeng ke kiri, kadang2 kadang ke kanan, kadang2 dia mahu aku angkatnya dari tidur sbb dia nak duduk. Mungkin kerana terlalu lenguh dan dia tak mampu lakukannya sendiri. 


Pagi esoknya, aku dan bonda sempat memandikan ayahanda, seterusnya ambilkannya wudhuk untuk ayahanda solat subuh. Namun, pagi ini ayahanda sudah tak seperti kelmarin. Nampak macam amat letih dan tak bermaya. Percakapannya sudah semakin kurang jelas. Bila ditanya pun sudah tak berjawab.

 
Selepas zohor, bonda menyuruh ku untuk memaklumkan kpd semua adik beradikku yg jauh dan dekat ttg keadaan ayahanda yg semakin lemah. Begitu juga dgn pakcik2 dan makcik2 ku. Akhirnya, selepas zohor, semakin ramai saudara mara yg dtg ke rumahku. Ucapan dua kalimah syahadah terus dibisikkan di telinga ayahanda.


Menjelang petang, Ayahanda masih dlm keadaan letih. Semakin lama pernafasannya semakin perlahan..makin perlahan..akhirnya, lebih kurang jam 6.35 petang, selesai sahaja bonda membisikkan kata2 keramat ditelinga ayahanda, ayahanda akhirnya pergi dengan aman. Pergi untuk selama-lamanya. Pergi meninggalkan seorang isteri, 9 orang anak dan lebih 30 cucu.


 Aku yg diamanahkan oleh bonda agar membaca al-quran tanpa henti pada petang tersebut, hanya mampu melihat ayahanda pergi dgn hati yg sayu..hanya alunan ayat2 suci alquran dari surah at-taubah yg mampu aku berikan mengiringi pemergian ayahanda. pergi setelah akhirnya, dia sempat bertemu kesemua anaknya, termasuk aku yg baru pulang kelmarin, setelah aku tidak pulang sebelum ini. masa sehari yg terlalu singkat, bersama anak bongsunya buat kali terakhir.

                               ayahanda bersama2 sahabat2 MTAQ suatu ketika dulu

                                    Ayahanda bersama2 keluarga anaknya yg kedua 


Thursday, January 8, 2009

ADAKAH KIAMAT SUDAH DEKAT?


assalamualaikum..
salam perjuangan,
salam keimanan.

sudah amat lama blog ini tidak diupdate. sebenarnya terlalu banyak isu yg ingin diutarakan, namun masa dan waktu amat mencemburui kehidupan seharian.

tahun 2009 baru sahaja bermula, tahun 1430 pun baru juga bermula, namun bilamana sahaja memasuki tahun baru ini, pelbagai peristiwa yg telah berlaku hatta tidak sempat untuk kita mengikuti perkembangan semuanya.

GAZA under ATTACK!!
sudah hampir 2 minggu bumi Islam palestine bermandi darah. sudah hampir 600 orang umat Islam di Gaza di bunuh dan lebih 2000 orang yg lain cedera. namun masih belum ada tanda2 bahawa serangan ini akan dihentikan.

seluruh dunia sedang mengutuk tindakan Israil menyerang Gaza, namun UN, Amerika dan sekutu-sekutunya masih mempertahankan bahawa serangan tersebut adalah "justifiable". Barack Obama yg sebelum ini begitu disanjung dan di agungkan oleh seluruh dunia juga bersetuju dgn serangan tersebut. di dalam al-Quran sudah pun telah disebut dengan jelas bahawa orang yahudi dan nasara itu tetap akan memusuhi umat Islam sampai bila. harapan yg diletakkan kpd Obama sebelum ini terlalu tinggi. dan akhirnya kita yg kecewa.

Lantas, umat Islam seluruh dunia harus sedar bahawa harapan untuk Islam tidak boleh diletakkan dibahu org bukan Islam. kita sendiri seharusnya berjuang mempertahankan umat dan agama Islam.

Namun, pemimpin2 Hamas tetap menegaskan kpd seluruh dunia.."kemenangan Islam sudah semakin hampir"..itulah ucapan pemimpin agung Islam masakini. walaupun teruk diserang, mereka tetap yaqin dengan janji Allah. dan sudah pasti kita ingat bahawa kemengana umat Islam ada dua, sama ada kita menang dlm peperangan atau mati Syahid. tiada istilah kalah dlm berjihad..takbiirr!!


>> JUMAAT, 9HB, HIMPUNAN BESAR BESARAN MEMBANTAH SERANGAN KE ATAS GAZA DI KEDUTAAN AMERIKA, SELEPAS SOLAT JUMAAT<<
..tak banyak yg dapat kita lakukan, tapi janganlah pula kita langsung tak melakukan apa2...

Pilihanraya Kampus
dalam keadaan umat dunia di sibukkan dengan kekejaman dan kebuasan serangan rejim zionis ke atas Gaza, bahang pilihanraya kampus mula terasa di seluruh kampus.

di uia, setelah notis PRK yg pertama, yg sepatutnya berlaku pada 15 januari ditarik balik atas sebab2 tertentu, akhirnya tarikh mengundi yg terbaru di Uia adalah pada 19 Januari. sepatutnya seluruh mahasiswa telah tidak sabar2 lagi untuk bersama2 dalam gerak kerja PrK dan keluar mengundi.

sesungguhnya seluruh mahasiswa hendaklah memahami bahawa urusan pilihanraya ini bukanlah semata2 urusan sesetengah pihak sahaja, tetapi ia melibatkan semua mahasiswa. sepatutnya semua mahasiswa perlu terlibat secara aktif dalam PRK ini. barulah 'political education' dan 'political awareness' dapat di lihat di bumi UIA.

namun, semua mahasiswa Islam harus sedar, urusan memilih pemimpin ini bukanlah satu perkara kecil, bahkan "min a'zhamul wajibaat"..antara kewajipan yg paling besar. kesannya andai kata kita silap memilih pemimpin adalah amat teruk sekali. kita lihat sahaja di mesir, pemimpin Mesir enggan membuka sempadannya untuk menghantar bekalan makanan dan ubatan kpd rakyat Gaza, padahal mereka juga umat Islam.

Maka, pilihlah pemimpin yg mampu membawa agenda mahasiswa tanpa meninggalkan nilai2 Islam dalam diri mereka.."We Unite for Islam"

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
sudah pasti seluruh rakyat Malaysia ternanti2 apakah yg bakal berlaku di KT nanti. persoalan tentang calon2 nya sudah terjawab. pertandingan yg berbentuk tiga penjuru ini sudah pasti amat sengit sekali. Masing2 dari PAS, Umno, dan Bebas. keputusan dari PRK KT ini akan menunjukkan mood rakyat malaysia pada hari ini setelah PR berjaya menawan 5 buah negeri pada pru yg lepas.

adakah rakyat atau pengundi2 di KT sudah sedar akan hakikat bahawa rakyat malaysia sudah inginkan perubahan ataupun mereka masih belum sedar dari mimpi2 indah yg diberikan oleh kerajaan Barang Naik BN.

semoga sahabat2 seperjuangan yg sedang bertungkus lumus di KT berjaya melaksanakan tugasan dengan sempurna.

Tahun baru 1430 dan 2009

masih belum terlewat rasanya untuk rasaya mengucapkan selamat tahun baru kpd semua. bila menyebut tahun baru, ramai rakyat malaysia yg berbicara tentang azam baru. teringat cerita naqib dalam usrah baru2 ini, seorang wanita ditempatnya bekerja tiba2 memakai tudung ke tempat kerja. bila ditanya kenapa pakai tudung, dia menjawab itu adalah azam barunya untuk tahun ini.

pada awalnya saya kurang bersetuju dengan amalan azam baru pada tahun baru ini. sebagai umat islam, kita hendaklah sentiasa menanam azam yg baru pada setiap masa, bukan hanya setahun sekali. kita kena sentiasa muhasabah diri kita setiap hari. andai kata hari ini kita kurang baik, maka sebelum tidur kita kena tanamkan azam bahawa esok aku mahu jadi lebih baik dari hari ini. itulah yg sepatutnya dilakukan oleh umat islam, khususnya para pendakwah2 Islam. banyakkan bermuahasabah. mungkin secara individu ataupun berkumpulan.

namun, setelah melihatkan kesan positif dari amalan 'azam pada tahun baru ini' maka hasrat untuk 'mengondem' amalan tersebut saya abaikan dulu. namun, perkara ini mungkin sesuai untuk golongan marhaen, namun bagi mereka yg bergelar abnaa'ul harakah, seharusnya azam baru hendaklah ditanam pada setiap hari.

akhirnya...persoalan untuk sama2 kita fikirkan...adakah kiamat sudah dekat?..jawapannya sudah pasti..ya..kiamat sudah dekat.

sekian untuk kali ini,wassalam.

Saturday, December 6, 2008

Eidul Adha - Behind da Scene


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kita berpeluang bertemu dgn bulan Zulhijjah dan insyaAllah beberapa hari lagi akan menjelma hari raya eidul adha ataupun hari raya Qorban.

Perkataan Qorban (korban) sebenarnya berasal dari bahasa Arab - يقرب - قربان قرب yg membawa maksud berkorban ataupun pengorbanan. Jadi, hari raya korban memnuntut kita untuk lebih berkorban.

Demikian adalah pengertian secara zahiriahnya. Namun, jika kita teliti dari sudut yg lebih mendalam, ibadah korban bukan semata2 untuk menuntut kita berkorban sahaja. Perkataan قرب juga boleh membawa kpd perkataan قريب yakni dekat. Justeru, matlamat utama ibadah korban adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Semoga dengan ibadah korban dan hari raya ini dapat mendekatkan kita kpd Allah, bukan semata2 bersuka ria dan bergembira.

Sebagaimana jika kita tengok budak yg belum boleh berjalan tapi tetap berusaha untuk pergi kearah ibunya walau bagaimana cara sekalipun..berguling ke..tolak dengan kaki ke..tarik dengan tangan ke..walau betapa payah sekalipun, dia tetap cuba untuk mendekatkan diri dengan ibunya. Begitulah juga kita hendaklah mendekatkan diri kpd Allah.


Mengimbau Sejarah

Menyusuri sejarah ibadah korban, ia bermula dengan kisah 2 orang anak Nabi Adam, Qabil dan Habil yg diceritakan kisah korban ini di dalam surah al-Baqarah. Kedua2 beradik ini dituntut untuk menyembahkan korban masing2 kpd Allah. Maka kedua2 merekapun menyembahkan korban masing2. Qabil memberikan korban dari hasilnya yg kurang elok. Namun Habil pula memberikan korban dari binatang ternakannya yg baik2 sahaja. Lalu Allah menerima Ibadah korban Habil dan menolak korban Qabil. Inilah juga antara penyebab kenapa Qabil membunuh adiknya, Habil.

Kisah ini memberikan pengajaran kpd kita supaya kita memberikan korban yg terbaik dan ikhlas kerana Allah Taala. Jangan berasa berat untuk mengeluarkan wang sekadar RM 300++ untuk ibadah Qorban ini.

Firman Allah di dalam al-Quran:

لن تنال البر حتى تنفقوا مما تحبون"

“ Tidak akan diterima kebaikan itu hingga kita menginfaqkan apa yg kita sayangi”

Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa dia perlu mengorbankan anaknya dengan tangannya sendiri. Ingatlah mimpi seorang Nabi bukannya sama dengan mimpi orang biasa. Bayangkanlah betapa besarnya pengorbanan yg perlu dilakukan oleh Nabi Ibrahim bila di perintahkan untuk mengorbankan anaknya sendiri.


Beribadah pada 1-10 Zulhijjah

Ramai daripada kita yg tidak tahu ataupun lupa bahawa masa untuk kita ibadah yg terbaik selepas bulan ramadhan adalah pada 1-10 zulhijjah. Justeru, disunatkan kpd kita untuk berpuasa pada 1-10 zulhijjah dan pada malamnya kita berqiyamullail. Diriwayatkan bahawa sehari kita berpuasa pada 1 hingga sepuluh zulhijjah ini seumpama kita berpuasa setahun lamanya. Dan kita qiyamullail pada malam hari umpama kita qiam pada malam lailatulqadr. Begitu besar pahala ibadah pada 1-10 zulhijjah ini. Adakah kita merasa berat untuk laksanakannya, padahal kita baru sahaja 2 bulan habis training pada bulan ramadhan yg lalu..fikir-fikirhanlah.

Peringatan berkaitan dengan ibadah korban

Disini juga diselitkan beberapa peringatan berkaitan dengan ibadah korban. Moga sama2 kita dapat praktikkannya.

1. Hendaklah ada sekurang2 nya seorang dari sebuah rumah atau satu keluarga itu melakukan ibadah korban. Itu sudah memadai. Andai kata ayah sudah korban, jadi anak2 xlah perlu korban. Tapi kalau nak korban juga takde masalah. Itu lebih baik. Tapi yg penting, pastikan ada diantara ahli keluarga anda yg korban, kalau tak, andalah yg kena berkorban..hehe

2. Lembu yg hendak di jadikan korban itu hendaklah tiada aib, yakni tiada kecacatan yg nyata seperti kudung ekor, tanduk patah dsb. Bahkan, andai lembu itu terlalu kurus pun blh dikategorikan kpd aib. Ini kerana, korban yg kita hendak berikan kpd Allah hendaklah yg elok2 sahaja. Lemu itu juga hendaklah cukup umurnya, yakni genap 2 tahun.

3. Penyembelihan lembu itu hendaklah dilakukan selepas solat sudat aidil adha. Walau bagaimanapun tidak digalakkan dilakukan di waktu malam takut2 akan mengganggu orang lain.

4. Di riwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W, selepas selesai pembahagian daging korban kpd mereka2 yg terlibat, beliau juga turut memberikan daging korban itu kpd fakir miskin. Diriwayatkan juga bahawa Nabi hanya mengambil hati sahaja dan memberikan daging kpd orang2 miskin. Justeru, disunatkan agar kita membahagikan juga daging korban kita kpd orang2 miskin. Ini lebih afdhal dari kita menjemput mereka datang makan dirumah kita.

5. Tempat penyembelihan lembu hendaklah dilakukan ditempat yg elok, tidak terlalu keras supaya bila lembu itu jatuh, tidaklah ia terlalu sakit. Disamping itu, pisau yg digunakan untuk penyembelihan juga hendaklah pisau yg tajam. Lihatlah begitu teliti sekali Islam mengajar umatnya agar berlaku baik hinggakan dengan binatang pun kita kena teliti sekali. Namun ada juga musuh2 Islam yg mengatakan umat Islam sebagai pengganas, kejam dsb.

6. Lembu itu hendaklah diletakkan mengadap kiblat, yakni tengkoknya mengarah kpd kiblat.

7. Sembelihan lembu itu hendaklah di bawah dari butir di tengkok lembu itu, antara butir ke dada lembu. Dan hendaklah pastikan bahawa 2 terowong di tengkuknya putus, yakni terowong makanan (tengkuk) dan juga urat nyawa (urat semereh kut).

8. Disunatkan takbir dan membaca doa ketika sembelih. Tapi maaf, ana lupa doanya. Cuma ingat yg depan dan akhirnya sahaja “" اللهم.........وتقبل مني hehe.. tu je yg ingat..nanti akan cuba cari doa tu. Hanya dua perkataan je kat tgh tu, tp lupa daa..Cuma mafhumnya kita minta supaya Allah terima korban kita.

9. Sekiranya boleh, di saran agar dilepaskan ikatan tali pada 1 kaki lembu yg belakang setelah disembelih agar dia boleh melepaskan sedikit kesakitan dengan menendang kaki itu. Tapi ingat, jangan lepas semua tali, nanti lembu itu akan bangun dan kejar anda..he2.

10. Dan yg akhirnya, walau sesibuk mana kita pada hari raya Qorban, jgn lupa untuk pergi solat jemaah di masjid ye…


Korban yg paling afdhal

1. Ibadah korban yg terbaik adalah 7 ekor biri-biri untuk kita sorang korban.


2. Kedua adalah 7 ekor kambing untuk kita sorang.


3. Ketiga adalah seekor unta untuk kita sorang.


4. Keempat adalah seekor lembu untuk kita sorang.


5. Kelima adalah seekor biri2 untuk kita sorang.


6. Keenam adalah seekor kambing untuk kita sorang.


7. Dan yg paling rendah adalah seekor lembu untuk 7 orang qorban. yakni seekor lembu dibahagi kpd 7 bahagian. .

Hmm..baru kita sedar bahawa apa yg kita amalkan ini sebenarnya adalah ranking yg paling rendah sekali. Tapi ini bergantung kepada kemampuan kita semua.

Sekian untuk waktu ini…selamat menunaikan ibadah haji kpd yg pergi haji dan selamat menunaikan ibadah korban kpd semua yg berkorban.

Selamat Hari Raya Eidul Adha…Maaf Zahir Batin..jemput datang ke rumah..kita makan daging lembu bakar..hehe.