Saturday, December 6, 2008

Eidul Adha - Behind da Scene


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kita berpeluang bertemu dgn bulan Zulhijjah dan insyaAllah beberapa hari lagi akan menjelma hari raya eidul adha ataupun hari raya Qorban.

Perkataan Qorban (korban) sebenarnya berasal dari bahasa Arab - يقرب - قربان قرب yg membawa maksud berkorban ataupun pengorbanan. Jadi, hari raya korban memnuntut kita untuk lebih berkorban.

Demikian adalah pengertian secara zahiriahnya. Namun, jika kita teliti dari sudut yg lebih mendalam, ibadah korban bukan semata2 untuk menuntut kita berkorban sahaja. Perkataan قرب juga boleh membawa kpd perkataan قريب yakni dekat. Justeru, matlamat utama ibadah korban adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Semoga dengan ibadah korban dan hari raya ini dapat mendekatkan kita kpd Allah, bukan semata2 bersuka ria dan bergembira.

Sebagaimana jika kita tengok budak yg belum boleh berjalan tapi tetap berusaha untuk pergi kearah ibunya walau bagaimana cara sekalipun..berguling ke..tolak dengan kaki ke..tarik dengan tangan ke..walau betapa payah sekalipun, dia tetap cuba untuk mendekatkan diri dengan ibunya. Begitulah juga kita hendaklah mendekatkan diri kpd Allah.


Mengimbau Sejarah

Menyusuri sejarah ibadah korban, ia bermula dengan kisah 2 orang anak Nabi Adam, Qabil dan Habil yg diceritakan kisah korban ini di dalam surah al-Baqarah. Kedua2 beradik ini dituntut untuk menyembahkan korban masing2 kpd Allah. Maka kedua2 merekapun menyembahkan korban masing2. Qabil memberikan korban dari hasilnya yg kurang elok. Namun Habil pula memberikan korban dari binatang ternakannya yg baik2 sahaja. Lalu Allah menerima Ibadah korban Habil dan menolak korban Qabil. Inilah juga antara penyebab kenapa Qabil membunuh adiknya, Habil.

Kisah ini memberikan pengajaran kpd kita supaya kita memberikan korban yg terbaik dan ikhlas kerana Allah Taala. Jangan berasa berat untuk mengeluarkan wang sekadar RM 300++ untuk ibadah Qorban ini.

Firman Allah di dalam al-Quran:

لن تنال البر حتى تنفقوا مما تحبون"

“ Tidak akan diterima kebaikan itu hingga kita menginfaqkan apa yg kita sayangi”

Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa dia perlu mengorbankan anaknya dengan tangannya sendiri. Ingatlah mimpi seorang Nabi bukannya sama dengan mimpi orang biasa. Bayangkanlah betapa besarnya pengorbanan yg perlu dilakukan oleh Nabi Ibrahim bila di perintahkan untuk mengorbankan anaknya sendiri.


Beribadah pada 1-10 Zulhijjah

Ramai daripada kita yg tidak tahu ataupun lupa bahawa masa untuk kita ibadah yg terbaik selepas bulan ramadhan adalah pada 1-10 zulhijjah. Justeru, disunatkan kpd kita untuk berpuasa pada 1-10 zulhijjah dan pada malamnya kita berqiyamullail. Diriwayatkan bahawa sehari kita berpuasa pada 1 hingga sepuluh zulhijjah ini seumpama kita berpuasa setahun lamanya. Dan kita qiyamullail pada malam hari umpama kita qiam pada malam lailatulqadr. Begitu besar pahala ibadah pada 1-10 zulhijjah ini. Adakah kita merasa berat untuk laksanakannya, padahal kita baru sahaja 2 bulan habis training pada bulan ramadhan yg lalu..fikir-fikirhanlah.

Peringatan berkaitan dengan ibadah korban

Disini juga diselitkan beberapa peringatan berkaitan dengan ibadah korban. Moga sama2 kita dapat praktikkannya.

1. Hendaklah ada sekurang2 nya seorang dari sebuah rumah atau satu keluarga itu melakukan ibadah korban. Itu sudah memadai. Andai kata ayah sudah korban, jadi anak2 xlah perlu korban. Tapi kalau nak korban juga takde masalah. Itu lebih baik. Tapi yg penting, pastikan ada diantara ahli keluarga anda yg korban, kalau tak, andalah yg kena berkorban..hehe

2. Lembu yg hendak di jadikan korban itu hendaklah tiada aib, yakni tiada kecacatan yg nyata seperti kudung ekor, tanduk patah dsb. Bahkan, andai lembu itu terlalu kurus pun blh dikategorikan kpd aib. Ini kerana, korban yg kita hendak berikan kpd Allah hendaklah yg elok2 sahaja. Lemu itu juga hendaklah cukup umurnya, yakni genap 2 tahun.

3. Penyembelihan lembu itu hendaklah dilakukan selepas solat sudat aidil adha. Walau bagaimanapun tidak digalakkan dilakukan di waktu malam takut2 akan mengganggu orang lain.

4. Di riwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W, selepas selesai pembahagian daging korban kpd mereka2 yg terlibat, beliau juga turut memberikan daging korban itu kpd fakir miskin. Diriwayatkan juga bahawa Nabi hanya mengambil hati sahaja dan memberikan daging kpd orang2 miskin. Justeru, disunatkan agar kita membahagikan juga daging korban kita kpd orang2 miskin. Ini lebih afdhal dari kita menjemput mereka datang makan dirumah kita.

5. Tempat penyembelihan lembu hendaklah dilakukan ditempat yg elok, tidak terlalu keras supaya bila lembu itu jatuh, tidaklah ia terlalu sakit. Disamping itu, pisau yg digunakan untuk penyembelihan juga hendaklah pisau yg tajam. Lihatlah begitu teliti sekali Islam mengajar umatnya agar berlaku baik hinggakan dengan binatang pun kita kena teliti sekali. Namun ada juga musuh2 Islam yg mengatakan umat Islam sebagai pengganas, kejam dsb.

6. Lembu itu hendaklah diletakkan mengadap kiblat, yakni tengkoknya mengarah kpd kiblat.

7. Sembelihan lembu itu hendaklah di bawah dari butir di tengkok lembu itu, antara butir ke dada lembu. Dan hendaklah pastikan bahawa 2 terowong di tengkuknya putus, yakni terowong makanan (tengkuk) dan juga urat nyawa (urat semereh kut).

8. Disunatkan takbir dan membaca doa ketika sembelih. Tapi maaf, ana lupa doanya. Cuma ingat yg depan dan akhirnya sahaja “" اللهم.........وتقبل مني hehe.. tu je yg ingat..nanti akan cuba cari doa tu. Hanya dua perkataan je kat tgh tu, tp lupa daa..Cuma mafhumnya kita minta supaya Allah terima korban kita.

9. Sekiranya boleh, di saran agar dilepaskan ikatan tali pada 1 kaki lembu yg belakang setelah disembelih agar dia boleh melepaskan sedikit kesakitan dengan menendang kaki itu. Tapi ingat, jangan lepas semua tali, nanti lembu itu akan bangun dan kejar anda..he2.

10. Dan yg akhirnya, walau sesibuk mana kita pada hari raya Qorban, jgn lupa untuk pergi solat jemaah di masjid ye…


Korban yg paling afdhal

1. Ibadah korban yg terbaik adalah 7 ekor biri-biri untuk kita sorang korban.


2. Kedua adalah 7 ekor kambing untuk kita sorang.


3. Ketiga adalah seekor unta untuk kita sorang.


4. Keempat adalah seekor lembu untuk kita sorang.


5. Kelima adalah seekor biri2 untuk kita sorang.


6. Keenam adalah seekor kambing untuk kita sorang.


7. Dan yg paling rendah adalah seekor lembu untuk 7 orang qorban. yakni seekor lembu dibahagi kpd 7 bahagian. .

Hmm..baru kita sedar bahawa apa yg kita amalkan ini sebenarnya adalah ranking yg paling rendah sekali. Tapi ini bergantung kepada kemampuan kita semua.

Sekian untuk waktu ini…selamat menunaikan ibadah haji kpd yg pergi haji dan selamat menunaikan ibadah korban kpd semua yg berkorban.

Selamat Hari Raya Eidul Adha…Maaf Zahir Batin..jemput datang ke rumah..kita makan daging lembu bakar..hehe.

Friday, December 5, 2008

Jemputan Kenduri


Jemputan majlis kenduri kahwin selepas Eidul Adha:

1. 9 December 2008- Tuan Firdaus b. Tuan Omar (Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong)


2. 11 December 2008- Wan Nur Hafizah bt Wan Aziz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


3. 12 December 2008- Wan Azmi b. Wan Hamzah (Sek. Keb. Mulong 2)


4. 13 Decemer 2008- Ahmad Firdaus b. Abdul Hamid (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


5. 13 December 2008- Mohd Nuzul Ridwan b. Mohd Nathani (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


Hmm..ramai sungguh orang kahwin lps raya ni..semoga semuanya berbahagia dunia dan akhirat..amiiin.

Ada ramai lagi sebenarnya, tapi yg ditulis di sini yg termampu untuk pergi…insyaAllah..yg jauh2 tu terpaksa kirim salam jelah..hehe

Tuesday, December 2, 2008

Berbicara Tentang Sufi


Orang Mukmin Yang Berakal

Imam Ghazali ada menyatakan bahawa orang mukmin yg berakal, mereka akan membahagikan masa sehari mereka kepada 4 masa.

Namun, sebelum kita ulas tentang 4 masa itu, mari kita lihat dahulu apakah yg dimaksudkan sebagai ‘orang mukmin yg berakal’. Orang mukmin, adalah mereka yg beriman kepada Allah s.w.t. Namun, bila berbicara tentang orang yg berakal, disini timbul pelbagai definisi. Sebagaimana jika kita belajar ilmu usul fiqh, salah satu tajuk yg akan kita pelajari ialah tentang tajuk ‘musytarak’, yakni kalimah dalam al-Quran yg mempunyai lebih dari satu makna.

Bagi nak mudah faham, ayuh kita dengar sebuah cerita berkaitan dengan tukang rumah dan isterinya. Pada suatu hari, si tukang rumah ini sedang membaiki atap rumahnya. Sedang dia membaiki atap rumahnya, dia terlupa untuk membawa bersamanya ketam. Lalu di panggillah isterinya..

“yang…ooo ayang..tolong ambilkan abang ketam”

Apabila mendengar seruan suaminya, memandangkan dia adalah isteri yg solehah, terus sahaja si isteri mencari ketam dalam peti aisnya. Namun beliau hampa kerana dalam peti aisnya tak ada ketam. Dia ingatkan suaminya ada membeli ketam. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membelinya di pasar. Lalu dikayuhnya basikal tua milik suaminya itu ke pasar. (nasihat penulis..x perlu bayangkan bagaimana gayanya si isteri mengayuh basikal tua itu.. J)

Setelah berusaha sedaya upaya, beberapa ketika kemudian baliklah si isteri ke rumahnya, lalu di berikan ketam yg telah di beli kepada suaminya.

“bang..ooo abang..ini ketamnya”

Bilamana si suami melihat ketam yg diberikan oleh si isteri, maka terkejut kucinglah si suami bila melihat ketam yg diberikan oleh isterinya itu. (pernahkah anda lihat bagaimana reaksi kucing bila ia terkejut..saya rasa anda pernah…begitulah juga gayanya dlm cerita ini..so, gunakan daya imaginasi anda!).

Di ringkaskan cerita, yg sebenarnya, ketam yg di maksudkan oleh tukang rumah itu adalah sejenis alat yg digunakan oleh tukang rumah untuk meratakan kayu agar menjadi sama. Namun, apa yg diberikan oleh si isteri ialah ketam yakni sejenis binatang yg tak pandai berjalan dengan lurus.

Lalu, dapatlah si tukang kayu sekeluarga makan tengah hari berlaukkan ketam pada hari itu. Bukan selalu dapat makan ketam..syukur Alhamdulillah.

Begitulah cerita nak bagitau bagaimana satu perkataan itu mungkin ada lebih dari satu makna.

Berbalik kita kepada topic perbincangan tentang makna orang berakal. Jika kita memahaminya dari pandangan orang feqah, orang berakal ini adalah orang yg tak gila, yg mampu berfikir dengan waras. Otaknya mampu menilai yg baik dan yg buruk. Justeru, wajib bagi mereka ini melakukan segala perintah Allah seperti solat, puasa dan sebagainya.

Bagi orang usuluddin pula, definisi orang berakal ialah mereka yg percaya akan kewujudan Allah. Justeru, adalah suatu kewajipan (fardhu ain) bagi semua orang yg berakal, yakni orang yg percaya akan Allah untuk mempelajari ilmu Tauhid, untuk mengenal Allah. Maka, sapa2 yg tidak belajar tentang ilmu tauhid, boleh membawa kepada dosa.

Bagaimana pula takrifan orang berakal bagi orang dunia? Hmm..sudah pasti anda dapat menekanya. Bagi orang dunia, definisi orang berakal ialah mereka yg berjaya dalam pelajaran, mendapat result yg baik dlm SPM, CGPA yg tinggi di Universiti, mereka2 yg mempunyai ijazah2 yg tinggi, berpangkat Professor, mereka yg berjawatan tinggi, mampu membangunkan Negara dengan bangunan yg tinggi2, orang yg kaya raya dan sebagainya. Beginilah definisi orang berakal pada kacamata orang dunia. Terlalu mengagungkan dunia sehingga lupa akhirat. Sesuailah mereka dinamakan sebagai orang dunia.

Namun, bagi orang tasawuf, orang berakal bukanlah semata2 mereka ini tidak gila, bukan semata2 mereka percaya kpd wujudnya Allah, bukan semata2 pandai dalam pelajaran, tp bagi orang tasawuf, orang berakal ialah orang yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Orang yg hidupnya hanya untuk mendapat keredhaan drpd Allah. Justeru, andai seseorang itu tidak gila, namun kerja sehariannya bukan untuk akhirat, dia tetap tidak berakal. Orang yg percaya kpd Allah dan hari akhirat, namun kerja buatnya tidak bermatlamatkan redha Allah, dia tetap tidak berakal. Justeru, orang berakal bagi orang tasawuf ialah mereka yg melakukan segala kerja dalam kehidupan sehariannya, bukan hanya ibadah, malah segala gerak kerja mereka adalah untuk hari akhirat.

Persoalannya, adakah kita ini tergolong dalam golongan orang yg berakal?...

Lu Pikirlah Sendiri..Kalau Lu Ada Akal.


…bersambung di episod akan datang.