Tuesday, December 2, 2008

Berbicara Tentang Sufi


Orang Mukmin Yang Berakal

Imam Ghazali ada menyatakan bahawa orang mukmin yg berakal, mereka akan membahagikan masa sehari mereka kepada 4 masa.

Namun, sebelum kita ulas tentang 4 masa itu, mari kita lihat dahulu apakah yg dimaksudkan sebagai ‘orang mukmin yg berakal’. Orang mukmin, adalah mereka yg beriman kepada Allah s.w.t. Namun, bila berbicara tentang orang yg berakal, disini timbul pelbagai definisi. Sebagaimana jika kita belajar ilmu usul fiqh, salah satu tajuk yg akan kita pelajari ialah tentang tajuk ‘musytarak’, yakni kalimah dalam al-Quran yg mempunyai lebih dari satu makna.

Bagi nak mudah faham, ayuh kita dengar sebuah cerita berkaitan dengan tukang rumah dan isterinya. Pada suatu hari, si tukang rumah ini sedang membaiki atap rumahnya. Sedang dia membaiki atap rumahnya, dia terlupa untuk membawa bersamanya ketam. Lalu di panggillah isterinya..

“yang…ooo ayang..tolong ambilkan abang ketam”

Apabila mendengar seruan suaminya, memandangkan dia adalah isteri yg solehah, terus sahaja si isteri mencari ketam dalam peti aisnya. Namun beliau hampa kerana dalam peti aisnya tak ada ketam. Dia ingatkan suaminya ada membeli ketam. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membelinya di pasar. Lalu dikayuhnya basikal tua milik suaminya itu ke pasar. (nasihat penulis..x perlu bayangkan bagaimana gayanya si isteri mengayuh basikal tua itu.. J)

Setelah berusaha sedaya upaya, beberapa ketika kemudian baliklah si isteri ke rumahnya, lalu di berikan ketam yg telah di beli kepada suaminya.

“bang..ooo abang..ini ketamnya”

Bilamana si suami melihat ketam yg diberikan oleh si isteri, maka terkejut kucinglah si suami bila melihat ketam yg diberikan oleh isterinya itu. (pernahkah anda lihat bagaimana reaksi kucing bila ia terkejut..saya rasa anda pernah…begitulah juga gayanya dlm cerita ini..so, gunakan daya imaginasi anda!).

Di ringkaskan cerita, yg sebenarnya, ketam yg di maksudkan oleh tukang rumah itu adalah sejenis alat yg digunakan oleh tukang rumah untuk meratakan kayu agar menjadi sama. Namun, apa yg diberikan oleh si isteri ialah ketam yakni sejenis binatang yg tak pandai berjalan dengan lurus.

Lalu, dapatlah si tukang kayu sekeluarga makan tengah hari berlaukkan ketam pada hari itu. Bukan selalu dapat makan ketam..syukur Alhamdulillah.

Begitulah cerita nak bagitau bagaimana satu perkataan itu mungkin ada lebih dari satu makna.

Berbalik kita kepada topic perbincangan tentang makna orang berakal. Jika kita memahaminya dari pandangan orang feqah, orang berakal ini adalah orang yg tak gila, yg mampu berfikir dengan waras. Otaknya mampu menilai yg baik dan yg buruk. Justeru, wajib bagi mereka ini melakukan segala perintah Allah seperti solat, puasa dan sebagainya.

Bagi orang usuluddin pula, definisi orang berakal ialah mereka yg percaya akan kewujudan Allah. Justeru, adalah suatu kewajipan (fardhu ain) bagi semua orang yg berakal, yakni orang yg percaya akan Allah untuk mempelajari ilmu Tauhid, untuk mengenal Allah. Maka, sapa2 yg tidak belajar tentang ilmu tauhid, boleh membawa kepada dosa.

Bagaimana pula takrifan orang berakal bagi orang dunia? Hmm..sudah pasti anda dapat menekanya. Bagi orang dunia, definisi orang berakal ialah mereka yg berjaya dalam pelajaran, mendapat result yg baik dlm SPM, CGPA yg tinggi di Universiti, mereka2 yg mempunyai ijazah2 yg tinggi, berpangkat Professor, mereka yg berjawatan tinggi, mampu membangunkan Negara dengan bangunan yg tinggi2, orang yg kaya raya dan sebagainya. Beginilah definisi orang berakal pada kacamata orang dunia. Terlalu mengagungkan dunia sehingga lupa akhirat. Sesuailah mereka dinamakan sebagai orang dunia.

Namun, bagi orang tasawuf, orang berakal bukanlah semata2 mereka ini tidak gila, bukan semata2 mereka percaya kpd wujudnya Allah, bukan semata2 pandai dalam pelajaran, tp bagi orang tasawuf, orang berakal ialah orang yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Orang yg hidupnya hanya untuk mendapat keredhaan drpd Allah. Justeru, andai seseorang itu tidak gila, namun kerja sehariannya bukan untuk akhirat, dia tetap tidak berakal. Orang yg percaya kpd Allah dan hari akhirat, namun kerja buatnya tidak bermatlamatkan redha Allah, dia tetap tidak berakal. Justeru, orang berakal bagi orang tasawuf ialah mereka yg melakukan segala kerja dalam kehidupan sehariannya, bukan hanya ibadah, malah segala gerak kerja mereka adalah untuk hari akhirat.

Persoalannya, adakah kita ini tergolong dalam golongan orang yg berakal?...

Lu Pikirlah Sendiri..Kalau Lu Ada Akal.


…bersambung di episod akan datang.

No comments: