Monday, July 28, 2008

Salam Perjuangan


Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah, ar-Rahman, ar-Rahim, kerana setelah begitu lama aku mengimpikan untuk memiliki blog sendiri, akhirnya impian itu telah terlaksana beberapa minggu yg lepas walaupun masih ‘under construction’.

Dan pada tanggal 28 July 2008,pada tarikh ulang tahun kelahiranku, aku telah berjaya meng’post’kan posting pertama ku di alam blog ini. Sekali lagi..Alhamdulillah.
Sebenarnya, pelbagai persoalan bermain dibenak fikiranku dikala ingin mewujudkan blog ini, antara persoalannya:

-apakah yang nak aku tulis di dalam blog ini?
-Bagaimanakah penyampaian yg nak di buat melalui blog ini?
-rajinkah aku nak update blog ini?
-siapa yg nak baca blog aku ini?
-pandaikah aku nak menulis ni, setelah lama x berkecimpung dalam dunia penulisan kreatif?

Dan banyak lagi persoalan2 yg timbul. Namun, usah pedulikan semua persoalan itu, kerana disana pasti akan ada manfaatnya. Tetapi, perkara utama yg menjadi masalah untuk aku buat blog sendiri adalah disebabkan aku malas membaca! So, macam mana nak update blog dengan info2 terkini kalau malas membaca???

Namun, jika difikir secara ironinya…moga2 dengan adanya blog ini, aku akan rajin membaca sebab nak update blog..hehe…insyaAllah…Iqra’ bismi rabbikallazi khalaq!!!

No comments: