Saturday, August 9, 2008

Hazihi Sabili


“ Salam. Sekadar berkongsi, hazihi sabili…sabil tu muzakkar, pttnya kna haza sabili, tp dalam Quran gn hazihi, sbb antara 2 perkataan tu ada mahzuf, taqdirnya attariqah..”

Begitulah mesej yg saya terima dari seorang sahabat saya. Sebenarnya perbincangan kami bermula pada suatu malam, bilamana seorang sahabat dari kuliah Bahasa Arab tengok blog saya, dia pun bertanya,

“kenapa ‘hazihi sabili’, sabil tu muzakkar( مذكر) , so kena ‘haza sabili’ la”

Mula-mula saya terkejut juga, kerana mendengarkan kesilapan yg saya buat itu dan kebarangkalian utk terpaksa mengeditnya.

“ tapi dalam al-Quran tu dia guna ‘hazihi sabili’”. Jawab saya ringkas, sambil mengerutkan dahi menunggukan kepastian dan penjelasan.

Lalu saya membacakan ayat tersebut:

" قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي"

Sahabat saya itu hanya terdiam. Mungkin memikirkan kenapa dalam al-Quran kalimah ‘hazihi’ itu menjadi muannas. Namun, perbincangan kami hanya terhenti di situ sahaja kerana terpaksa menfokuskan kpd agenda lain yg lebih penting walaupun saya masih menanti jawapan drpd sahabat saya.

Keesokannya, sahabat saya telah menghantar mesej diatas memberikan penerangan ttg hal ini. Terima kasih lah kerana sudi buat research. Namun bila saya dapat mesej tersebut, kefahaman ttg bahasa arab saya bukanlah tinggi sangat,lalu saya bertanya,

“ jadi boleh guna ke tak ayat tu”, tanya saya melalui mesej.

“ boleh je..tabarru’an bil qur’an, kot2 lps ni ada org tanya, kn dh ada jwpn dia :)” balas kawan saya.

Bila kawan saya dah balas macam tu, so selesailah masalah saya. Tak perlu lagi saya bertanya apa maksud msg dia yg dalam bahasa arab tu. Yg penting ayat tu boleh digunakan..tak perlulah saya nak edit lagi blog ni..hehe.

Selepas beberapa hari barulah saya meneliti balik makna mesej tersebut. Sebenarnya dalam ayat ‘ hazihi sabili’ tu, diantara dua kalimah tu ada mahzuf, yakni kalimah yg telah dihazafkan. Dan taqdirnya at-tariqah, yakni diantara dua kalimah tu kena ada kalimah at-tariqah. Jadi, ayat yg sepatutnya adalah:

" قُلْ هَـذِهِ الطريقة سَبِيلِي"

Bila ada at-tariqah diantara 2 kalimah tu, barulah betul dari segi nahu nya yakni hazihi jd muannas kerana kalimah selepasnya adalah muannas juga. Cuma isu kenapa Allah hazaf kalimah at-tariqah tu kena ruju’ ulama’ tafsir ataupun pakar bahasa arab lah.

Jadi,sekadar itu dahulu untuk entri minggu ini..jumpa lagi di lain waktu sekiranya di panjangkan umur…ma’assalamah.

4 comments:

Nurul 'Izzah said...

Huhu..rasa macam tengah belajar dalam kelas AFIS (Arabic For Islamic Studies) je :p

Sape yg tlg wat research tu? mesti student BABRB :D

Neway,best baca info ni.syukron..

Wan Firdaus said...

syukran..pasni blh jd lecturer BARB ni..hehe..

researcher tu x blh disclose..nanti dia riak plk.. :)

matle_atwork said...

salam ... mohon kebenaran penulis untuk menyalin 'post' ini kerana kebetulan nama blog kita adalah sama ...

Nahnu Ansarullah said...

MasyaAllah..mantap betul zaman sekarang. ana baru type 'hazihi' kat google, terus keluar blog ni.. tak sampai seminit,dapat menjawab persoalan ttg phrase 'hazihi sabili'. Jzkk for sharing.