Monday, August 18, 2008

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي

وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِن الْمُشْرِكِين" يوسف
108

“ Katakanlah: Inilah Jalanku! Aku menyeru kepada Allah, atas keterangan yg jelas, aku dan orang yg mengikutku. Maha Suci Allah dan bukanlah aku termasuk orang-orang yg mempersekutukan Nya ”

Ayat 108 dari surah Yusuf ini menceritakan tentang jalan yg sepatutnya kita lalui. Menyeru manusia kepada agama Allah dengan hujjah dan keterangan2 yg jelas dari Allah. Bersama dengan rakan2 dan pengikut2 dalam mengharungi perjuangan dakwah ini. Dari ayat ini, ada beberapa perkara yg kita boleh teliti dengan lebih mendalam;

1) قل" " : kalimah ini adalah umpama arahan kepada kita supaya menyampaikan seruan Islam kepada umat manusia.

2) هذه سبيلي : daripada 2 kalimah ini, kita kena faham dan yakin bahawa inilah jalan yg patut kita lalui, jalan mana?

3) أَدْعُو إِلَى اللّه : yakni jalan Dakwah, jalan yg menyeru manusia kepada agama Allah, menyuruh kepada kebaikan, dan meninggalkan kemungkaran.

4) بصيرة : dan seruan kita mestilah berpandukan kepada hujah dan keterangan yg jelas, yakni al-Quran dan as-Sunnah.

5) أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي : disebalik ayat ini juga,ia menunjukkan bahawa kita tidak boleh keseorangan dalam melaksanakan kerja dakwah. Kita perlukan rakan2 dan pengikut2 utk membantu menguatkan kerja dakwah kita, kita bukanlah orang yg memulakan perjuangan, tapi kita adalah mata rantai- mata rantai perjuangan.

Ayat 108 ini adalah salah satu ayat dari surah Yusuf. Dalam surah Yusuf, banyak diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf dari baginda kecil hinggalah kepada usaha dan rintangan yg dihadapinya dalam menyampaikan dakwah Islam.

Ayat terakhir surah Yusuf menyeru kita supaya dapat mengambil ibrah dari apa yg telah diceritakan dari surah ini.

“لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُوْلِي الأَلْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثاً يُفْتَرَى وَلَـكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلَّ شَيْءٍ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ” يوسف:111

“ sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada ‘ibrah (pengajaran) bagi orang2 yg berakal. Bukanlah al-Quran itu perkhabaran yg diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab) yg dihadapannya dan menerangkan tiap2 sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yg beriman”

Moga-moga Allah memberi hidayah dan mempermudahkan urusan kita dalam mendalami dan memahami al-Quran, seterusnya melaksanakan segala tuntutan dan kewajipan yg telah termaktub didalam al-Quran.

Justeru sahabat2, ayuhlah kita perkasakan gerak kerja dakwah kita sebagaimana usaha2 Nabi2 terdahulu. Moga2 ayat ini memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan dakwah dengan lebih hebat lagi. InsyaAllah.



Memberi Peringatan Kepada Keluarga yg Terdekat


Bila berbicara tentang dakwah, teringat saya kepada sepotong ayat al-Quran:

(وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ) الشعراء 214

“Dan berilah peringatan kepada kaum keluargamu yg terdekat”

Menurut riwayat Ibnu al-Athir Rahimullahm, apabila turunnya ayat tersebut, Rasulullah menerimanya dengan penuh perasaan tanggungjawab yg berat. Baginda tinggal dirumahnya laksana orang yg sakit, sehingga Baginda dikunjungi oleh ibu2 saudaranya. Lalu Rasulullah bersabda kpd mereka.

“Aku tidaklah sakit, tetapi Allah ta’ala telah memerintahku supaya memberi amaran kepada keluargaku”

Mereka pun menegaskan kepada Nabi:

“Ajaklah mereka. Janganlah mengajak Abu Lahab, kerana ia pasti tidak akan menerima ajakanmu.”

(kisah selanjutnya boleh dibaca dlm buku Fiqh al-Harakah, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang )

Apa yg saya ingin ketengahkan disini, bahawa gerak kerja dakwah kepada ahli keluarga kita juga haruslah menjadi keutamaan. Sebagaimana firman Allah di dalam surah at-Tahrim ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ
وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ- التحريم: 6

Namun, jika kita lihat fenomena hari ini, ramai pendakwah yg sibuk mengajak orang lain mengenal Islam, sehingga terlupa untuk mengajak ahli keluarga sendiri kepada Islam. Jika kita mengambil pedoman dari kisah Nabi Nuh, walaupun beliau gagal mengajak anak dan isterinya bersama-sama kedalam bahtera, namun kegagalan beliau adalah setelah beliau puas berusaha mengajak mereka. Tapi apa yg dapat kita lihat pada hari ini, ramai pendakwah yang begitu hebat diluar, namun rebah dalam keluarga sendiri.

Oleh yg demikian, marilah sama2 kita bemuhasabah, pernahkah kita berusaha untuk mengajak ahli keluarga sendiri mengenal Islam dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sbg seorang Muslim? Ramai yg berpendapat, ahli keluarga lebih susah untuk kita sampaikan dakwah Islam, untuk ditegur dan diajar. Siapalah kita untuk mengajar mereka…

Namun inilah antara risiko yg perlu kita ambil. Lakukan secara berhikmah. Janganlah pula kita jadikannya sbg alasan sehingga kita tidak langsung mempedulikan nasib ahli keluarga kita. Sekurang2 nya bila ditanya di akhirat nanti, kita sudah terlepas dari tanggungjawab tersebut.

mampukah aku untuk menjaga lebih dari 40 org anak saudara ku ini?
InsayAllah


Sekian dahulu untuk kali ini..jumpa lagi di episod akan datang.

Wassalam.





3 comments:

SoalHati said...

ramainya anok sedaghe wer........................
ana baru nk dpt akak ipar huhu

Wan Firdaus said...
This comment has been removed by the author.
Wan Firdaus said...

akan menyusul 2 org lagi bulan depan..huhu..nama anak sedara pun dah x berapa ingat.