Wednesday, August 27, 2008

You Don’t Mess With The ZIONIST



Baru-baru ini saya ada terbaca satu synopsis di sebuah akhbar tempatan tentang sebuah filem baru yg di tayangkan di Malaysia iaitu You Don’t Mess With The ZOHAN. Sinopsis tersebut memberitahu bahawa cerita ini adalah berkaitan dengan peperangan diantara Palestine dan Israel yg dilakonkan dalam watak yg humor. Lalu saya rasa teringin untuk menonton filem tersebut apabila ia menyentuh tentang Palestin.

Di awal tontonan saya, seperti biasa, filem Inggeris pastinya menampilkan wanita-wanita yang seksi dan aksi-aksi yang tidak sesuai untuk di tonton didalam filem mereka. Namun, disebabkan ingin mengetahui apakah mesej yg hendak disampaikan oleh filem tersebut, saya terus menonton filem tersebut sehingga tamat.

Tahukah anda siapakah itu Zohan? Zohan adalah seorang askar Israil yg mempunyai kuasa luar biasa. Walaupun dia seorang askar, dia sebenarnya tidak sukakan peperangan. Lalu dia melarikan diri ke Amerika. Apabila tiba di Amerika, dia cuba mencapai cita2 nya untuk menjadi seorang tukang gunting rambut. akhirnya dia berjaya menjadi tkang gunting di sebuah kedai gunting milik wanita Palestin di situ. Kemudian berlakulah beberapa krisis dengan orang Palestin di sana..saya tidak berhajat untuk memanjangkan cerita ini.

Jadi,straight to the point, isu yg ingin saya bawa sebenarnya adalah; kenapakah filem ini boleh diluluskan tayangannya di Malaysia.

Sebagaimana yg kita maklum, seluruh umat Islam tidak pernah mengi’tiraf kewujudan Negara Israel. Namun, di dalam filem ini, pelakon utamanya melakonkan watak sebagai seorang warga Israel yang kononnya bencikan peperangan.

Jika kita tengok kepada tajuk cerita tersebut, ‘You Don’t Mess With The Zohan’, kalau kita tukar Zohan kepada Zionist, ia kan menjadi, ‘You Don’t Mess With The Zionist’. Memberi amaran kepada kita bahawa jangan kita berani mengganggu orang-orang Israel. Siapakah itu zionist?

"Zionism is an international political movement that originally supported the reestablishment of a home land for the Jewish people in Palestine and continues primarily as support for the modern state of Israel."-http://en.wikipedia.org/wiki/Zionist



Pada pandangan saya, sebarang filem yang ada hubung kait dengan Israel dengan menggambarkan bahawa rakyat Israel itu 'baik' tidak sepatutnya diluluskan tayangannya di Malaysia. Ini kerana ia mampu merubah persepsi masyarakat Malaysia terhadap Israil. Apatah lagi apabila pelakon utamanya melakonkan watak sebagai orang Israel yg bencikan peperangan. Di tambah lagi dengan bendera-bendera Israel yg sentiasa berkibaran didalam filem ini seperti menunjukkan bahawa Israel adalah sebuah negara yg berdaulat.Padahal kita tahu sejauh mana jahatnya mereka dengan merampas tanah Palestin dan menghalau rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri. Kita semua sedia maklum bahawa Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha terhadap umat Islam sehingga kita mengikut agama mereka.

Di dalam filem ini juga, mereka cuba menyampaikan mesej bahawa orang Israel dan orang Palestin boleh berbaik di Amerika. Ini akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia bahawa kita juga boleh menerima kehadiran orang Israel ke negara kita. Mungkin inilah antara agenda yang ingin di bawa mereka untuk menunjukkan mereka bukanlah orang yg jahat.



Justeru, saya memohon pihak-pihak yang berkaitan agar mengambil langkah segera dengan mengharamkan segala tayangan dan jualan CD filem ini di Malaysia. Saya juga berharap agar ada pihak yg akan membawa isu ini ke peringkat nasional. Mungkin Gamis, Pemuda PAS, PMI atau lain2 lagi. Kalau isu kehadiran bekas pengurus Chelsea, Avram Grant yg berwarganegara Israel ditentang habis-habisan oleh masyarakat Islam di Malaysia, kenapa isu filem yg seperti ini tiada siapa yg pernah timbulkan.


Mungkin kita sekarang ini amat sibuk dengan isu politik semasa. Ataupun mungkin juga tak ramai diantara kita yg menonton filem2 orang putih. Wallaua'lam. Akhirnya, semoga dengan pengharaman ini kita mampu menyekat mereka dari cuba untuk merubah persepsi masyarakat dunia terhadap mereka.

Wassalam.


2 comments:

MofiR said...

vvhampeh punya yahudi...
aku tgk laju2 ja...
malas nk tgk...

tp memang teruk la filem nie...

syauqah-el-wardah said...

oohh.. ni la filem yg Sdr Amin Idris ckp masa dalam bengkel dakwah creatif anjuran Ma'ruf Club hari tu..

tak sangka pula KDN buat macam ni, luluskan filem ni masuk Malaysia.

Bab agama tak nak ditumpukan, kalau ada desas desus 'pemberontak negara', cepat aje tindakan... terus kenakan ISA... huuu sedih sedih..

Moga Malaysia suatu hari nanti akan terwajah dengan Malaysia Baru...