Monday, August 18, 2008

Batu Putih atau Pulau Batu Putih

“Batu Putih, bukan Pulau Batu Putih”

Art.121 (3) – Rocks which cannot sustain human habitation or economic life of their own shall have no exclusive economic zone or continental shelf.


Mungkin isu Batu Putih atau Pulau Batu Putih ini sudah agak lapuk dan basi untuk di bincangkan. Namun, sebenarnya masih banyak isu-isu besar yg belum selesai berkaitan dengan keputusun Mahkamah Antarabangsa memberikan hak milik Batu Putih itu kepada Singapura.

Alhamdulillah, pada semester terakhir pengajian saya di Kuliah Undang2 UIA ni, antara subjek core yg perlu saya ambil adalah Public International Law 2, dan antara topic yg menarik dalam subjek ini adalah berkaitan dengan The Law of The Sea.

Kalau kita sebut tentang Law of Jungle ataupun Undang2 Rimba, mesti ramai yg terfikir tentang satu undang2 yg mana mereka yg paling berkuasa, yg paling kuat dan paling di hebat yg layak memerintah rimba.

Namun, bagaimana pula dengan undang2 Laut?..hehe..takpe, kita tinggalkan hal itu dulu.

Sebenarnya, apa yg menarik tentang isu ini adalah berkaitan dengan Batu Putih itu adakah ia sebuah Pulau?...atau hanya Batu?...kerana kedua2 perkara ini memberikan perbezaan yg besar. Sepanjang tempoh perbicaraan tentang jurisdiction Batu Putih itu, kita seringkali di dedahkan dengan nama Pulau Batu Putih. Namun pada hari ini saya tidak gemar memanggilnya Pulau Batu Putih tetapi hanya dengan panggilan Batu Putih..kenapa?

Sekiranya kita rujuk kepada article 121 of United Nation Convention on The Law of The Sea 1982 (article 121 ni sentiasa je bermasalah ), yg berkaitan dengan Regime of Island, it stated that:

Art 121 (1) – an island is a naturally formed area of land, surrounded by water, which is above water at high tide.

Begitulah general definition tentang apa yg dimaksudkan sebagai pulau, iaitu tanah yg terbina dengan sendirinya (bukan di buat oleh manusia), yg dikelilingi oleh air dan tidak tenggelam ketika air pasang.

Article 121 (2) pula menjelaskan bahawa exclusive economic zone juga applicable bagi mana2 pulau seperti mana other land territory.

Art. 121 (2) – except as provided for in paragraph 3, the territorial sea, the contiguous zone, the exclusive economic zone and the continental shelf of an island are determined in accordance with the provisions of the Convention applicable to other land territory

Namun, apa yg menarik utk dibincangkan adalah art. 121 (3) yg mana menyebut:

Art.121 (3) – Rocks which cannot sustain human habitation or economic life of their own shall have no exclusive economic zone or continental shelf.



Batu Putih milik mereka...namun perairannya milik siapa?

Daripada art.121 (3), kita tahu bahawa batuan yg mana tidak boleh di huni oleh kehidupan manusia dan tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi dia sendiri, tidak mempunyai hak exclusive economic zone ataupun continental shelf.

Terlebih dahulu mari kita lihat apakah itu Exclusive Economic Zone (EEC). Di dalam UN Conference on Law of the Sea (UNCLOS), it stated that;

'It is an area beyond and adjacent to the territorial sea and it shall not extend beyond 200 nautical miles from the baselines from which the breath of the territorial sea is measured.'

Jadi, secara ringkasnya, EEC ini adalah zon yg menjadi milik kepada tuan punya tanah sejauh lebih kurang 200 nautical miles (saya x pasti sejauh mana 200 batu nautica, tp yg pasti, ia amatlah luas). Dan andai kata Singapura mempunyai hak ke atas EEZ bagi Batu Putih tersebut, nescaya Malaysia terpaksa berebut perairan dengan Singapura suatu masa kelak.

Berbalik kepada art.121 (3) tadi, mengikut art. 121 (3), batuan yg tidak boleh dihuni manusia dan tidak mampu menjalankan aktiviti ekonomi sendiri tidak akan memiliki EEC ni. Dalam bahasa mudahnya, mereka hanya ada hak milik batuan tersebut, tp tidak mempunyai hak terhadap perairan di sekitar batuan tersebut.

Oleh yg demikian, isunya sekarang ini adalah, adakah Batu Putih itu hanya sekadar batuan ataupun adalah sebuah pulau? Jadi, untuk memutuskan perkara ini, kita kena tentukan sama ada adakah Batu Putih itu boleh di diami oleh manusia dan mampu menjalankan aktiviti ekonominya sendiri.

Namun, setakat pemerhatian saya, Batu Putih itu keseluruhannya adalah batu. Secara lojiknya ia tidak mampu didiami oleh manusia. Sumber utama untuk manusia hidup adalah air, dan setahu saya Batu Putih tidak ada bekalan air. Air laut bukanlah air yg boleh di minum oleh manusia.

Justeru, andai perkara ini betul, kenapakah sampai begitu tidak cerdiknya (menggantikan perkataan bodoh) pakar2 undang2 yg dihantar oleh Malaysia ketika perbicaraan kes Batu Putih ini sehingga mereka juga memanggil Batu Putih itu sbg Pulau Batu Putih? Seolah2 mereka juga mengakui bahawa batu putih itu adalah sebuah pulau! Jadi sekarang ini siapa yg rugi?

Akhirnya, setakat yg saya tahu, sehingga ke hari ini masih belum ada keputusan yg mutlak berkaitan dengan perkara ini. Moga2 kerajaan Malaysia sedar akan perkara ini dan mengambil langkah yg sepatutnya, jangan hanya sibuk mengisi perut sendiri dan anak bini sahaja..dan harap2 nya kita akan mendapat kerajaan yg lebih baik pada bulan September nanti..insyaAllah.
Malaysia Boleh!

Wassalam..

p/s: andai ada kesilapan fakta tlg betulkan…dan andai ada perkara2 yg tidak difahami dan perlukan penjelasan lanjut, silalah bertanya, akan saya cuba berikan jawapan.

No comments: