Friday, May 1, 2009

Ranking Berapakah Kita?


Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kpd semua yg sudi dtg ke rumah saya baru2 ini. Terima kasih juga kpd semua yg sudi message saya..maaflah sebab message anda semua tidak berbalas.

Topik kali ini yg ingin saya bincangkan adalah berkaitan dgn ‘ranking’. Bila kita sebut ttg ranking, pasti ramai yg tertanya2 ranking apakah yg saya maksudkan. Di dalam sukan, hampir semua sukan ada memberikan ranking kpd player2 mengikut prestasi mereka. Ranking juga ada memainkan peranan dalam perkara yg amat berkait rapat dengan kita sebagai student, iaitu pelajaran. Siapakah best student dlm kelas, siapa yg dapat carry mark paling tinggi dan yg sewaktu dengannya.



As a Muslim…

Namun, pernahkah kita memikirkan ttg ranking kita sebagai seorang muslim? Agak2nya di ranking berapakah kita disisi Allah? Adakah kita di ‘class’ mereka2 yg ‘dean’s list’, ataupun di class mereka yg ‘3 pointer’ ataupun at least above 2.5. pernahkah kita fikir ttg ini?agak2nya, antara ramai2 pelajar Islam di UIA, adakah kita yg paling atas pada pandangan Allah?atau mungkinkah kita sekadar ‘pass’ disisi Allah. Itu belum lagi kita mengira ranking kita dibandingkan dgn seluruh umat Islam di Malaysia, apatah lagi jika mengambil kira seluruh umat Islam di dunia. Mungkin kita tidak dipandang langsung oleh Allah.

Mungkin agak susah kita nak tahu ranking kita jika dibandingkan dengan umat Islam seluruh dunia. Justeru ingin saya kecilkan scope perbincangan kita kpd ranking kita di dalam keluarga. Pernahkan anda fikirkan, pada pandangan ibu bapa kita, di ranking berapakah kita jika dibandingkan dengan adik beradik kita yg lain. Andai kata kita ada 9 orang adik beradik, adakah kita yg paling atas, atau sekadar no 5, ataupun mungkin yg paling bawah. Dalam erti kata lain, adakah kita anak yg paling disayangi kerana kita selalu hormat kpd org tua kita, tidak pernah melukai mereka, bahkan selalu menolong kedua ibu bapa kita..pernahkah kita fikirkan ttg ini?

Usrah..

Di dalam satu usrah saya bersama adik2, pernah saya bertanyakan tentang isu ini tatkala kami membincangkan ayat berkaitan dengan mentaati ibu bapa. Setiap seorang dari ahli2 usrah saya tanya berkaitan dengan ranking mereka di dalam keluarga mereka.

“agak2 nya, no berapakah ranking anta dalam keluarga kalau dibandingkan dengan adik-beradik yg lain”?

Ada diantara mereka yg jawab..mungkin no 2, mungkin no 3, mungkin no 4. Tetapi, tiada seorang pun yg berani mengatakan dialah ranking pertama dlm keluarga dia. Mungkin ada yg merasakan dia ranking no 1 tp segan utk mengaku.

Kita tinggalkan kisah usrah saya itu setakat itu shj. Apa yg ingin saya sampaikan disini adalah, andaikata kita diantara adik beradik kita pun kita tak dapat jadi no 1 pada pandangan ibu bapa, apatah lagi jika kita nak bandingkan dengan seluruh umat Islam di dunia ini? Sedangkan kita mengaku bahawa kita ini seorang yg memahami Islam, seorang pejuang Islam, seorang yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup, seorang yg berjuang utk mati syahid di jalan Allah tapi hubungan kita dgn ibu bapa pun sudah gagal..fikir-fikirkanlah.


Sentuhan kasih sayang…

Setakat pemerhatian saya di dalam keluarga saya, apa yg penting di dalam perhubungan anak2 dengan ibu bapa adalah sentuhan kasih sayang antara anak dan kedua ibu bapa. Cuba fikirkan, adakah menjadi amalan kita, bila kita pulang ke rumah setelah lama berjauhan, kita bersalaman dan mencium tangan ibu bapa, kita memeluk memeluk mereka, mencium kedua2 belah pipi dan dahi mereka. Adakah pernah kita menawarkan khidmat mengurut kpd mereka setelah penat mereka bekerja. Adakah ini menjadi amalan kita. Inilah yg saya katakan sebagai sentuhan kasih sayang anak2 kepada ibu bapa. Alangkah gembiranya kedua ibu bapa andai kita mampu lakukan sebegini. Mungkin kita tidak pernah melukai hati mereka, selalu hormat mereka, selalu ikut apa yg mereka suruh, namun, tanpa sentuhan kasih saying tersebut, kita tak mampu untuk jadi no 1.

Thus, Aim for the Top.

3 comments:

SoalHati said...

sentuhan kasih sayang... betul tu..
sokmo bila balik mak suruh urut.. ana urtu tak sedap, selalu ana pas kat abang/adik yang lebih kaw urut! skang mak dah ada Ogawa.. kami adik bradik hepy sebab x yah urut dah.. tapi ogawa tak berkesan sangat.... lalu khidmat urutan kami masih mak perlukan.. huhu... (teruk betul lah kami ni..)

Wan Firdaus said...

haha..ana pun tahu cakap je..nak buat tu susah jgk..tp insyaAllah akan cuba baiki dari hari ke hari..

Radziah Abu Bakar said...

bab2 urut mengurut ni best gak..biasa ana akan ditempah awal oleh ummi, sebab tangan ana best, ada bakat jd tukang urut...tapi ana tak nak...cuma sesekali jika difikirkan cubalah rerajin urut mak ayah..kata orang kalu kita sakit mak ayah sampai tak tidur jaga kita, tapi apsal la susah sangat nak urut mak ayah waktu kita ada kat brumah peringata untuk diri sendiri gak..