Friday, December 5, 2008

Jemputan Kenduri


Jemputan majlis kenduri kahwin selepas Eidul Adha:

1. 9 December 2008- Tuan Firdaus b. Tuan Omar (Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong)


2. 11 December 2008- Wan Nur Hafizah bt Wan Aziz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


3. 12 December 2008- Wan Azmi b. Wan Hamzah (Sek. Keb. Mulong 2)


4. 13 Decemer 2008- Ahmad Firdaus b. Abdul Hamid (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


5. 13 December 2008- Mohd Nuzul Ridwan b. Mohd Nathani (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)


Hmm..ramai sungguh orang kahwin lps raya ni..semoga semuanya berbahagia dunia dan akhirat..amiiin.

Ada ramai lagi sebenarnya, tapi yg ditulis di sini yg termampu untuk pergi…insyaAllah..yg jauh2 tu terpaksa kirim salam jelah..hehe

Tuesday, December 2, 2008

Berbicara Tentang Sufi


Orang Mukmin Yang Berakal

Imam Ghazali ada menyatakan bahawa orang mukmin yg berakal, mereka akan membahagikan masa sehari mereka kepada 4 masa.

Namun, sebelum kita ulas tentang 4 masa itu, mari kita lihat dahulu apakah yg dimaksudkan sebagai ‘orang mukmin yg berakal’. Orang mukmin, adalah mereka yg beriman kepada Allah s.w.t. Namun, bila berbicara tentang orang yg berakal, disini timbul pelbagai definisi. Sebagaimana jika kita belajar ilmu usul fiqh, salah satu tajuk yg akan kita pelajari ialah tentang tajuk ‘musytarak’, yakni kalimah dalam al-Quran yg mempunyai lebih dari satu makna.

Bagi nak mudah faham, ayuh kita dengar sebuah cerita berkaitan dengan tukang rumah dan isterinya. Pada suatu hari, si tukang rumah ini sedang membaiki atap rumahnya. Sedang dia membaiki atap rumahnya, dia terlupa untuk membawa bersamanya ketam. Lalu di panggillah isterinya..

“yang…ooo ayang..tolong ambilkan abang ketam”

Apabila mendengar seruan suaminya, memandangkan dia adalah isteri yg solehah, terus sahaja si isteri mencari ketam dalam peti aisnya. Namun beliau hampa kerana dalam peti aisnya tak ada ketam. Dia ingatkan suaminya ada membeli ketam. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membelinya di pasar. Lalu dikayuhnya basikal tua milik suaminya itu ke pasar. (nasihat penulis..x perlu bayangkan bagaimana gayanya si isteri mengayuh basikal tua itu.. J)

Setelah berusaha sedaya upaya, beberapa ketika kemudian baliklah si isteri ke rumahnya, lalu di berikan ketam yg telah di beli kepada suaminya.

“bang..ooo abang..ini ketamnya”

Bilamana si suami melihat ketam yg diberikan oleh si isteri, maka terkejut kucinglah si suami bila melihat ketam yg diberikan oleh isterinya itu. (pernahkah anda lihat bagaimana reaksi kucing bila ia terkejut..saya rasa anda pernah…begitulah juga gayanya dlm cerita ini..so, gunakan daya imaginasi anda!).

Di ringkaskan cerita, yg sebenarnya, ketam yg di maksudkan oleh tukang rumah itu adalah sejenis alat yg digunakan oleh tukang rumah untuk meratakan kayu agar menjadi sama. Namun, apa yg diberikan oleh si isteri ialah ketam yakni sejenis binatang yg tak pandai berjalan dengan lurus.

Lalu, dapatlah si tukang kayu sekeluarga makan tengah hari berlaukkan ketam pada hari itu. Bukan selalu dapat makan ketam..syukur Alhamdulillah.

Begitulah cerita nak bagitau bagaimana satu perkataan itu mungkin ada lebih dari satu makna.

Berbalik kita kepada topic perbincangan tentang makna orang berakal. Jika kita memahaminya dari pandangan orang feqah, orang berakal ini adalah orang yg tak gila, yg mampu berfikir dengan waras. Otaknya mampu menilai yg baik dan yg buruk. Justeru, wajib bagi mereka ini melakukan segala perintah Allah seperti solat, puasa dan sebagainya.

Bagi orang usuluddin pula, definisi orang berakal ialah mereka yg percaya akan kewujudan Allah. Justeru, adalah suatu kewajipan (fardhu ain) bagi semua orang yg berakal, yakni orang yg percaya akan Allah untuk mempelajari ilmu Tauhid, untuk mengenal Allah. Maka, sapa2 yg tidak belajar tentang ilmu tauhid, boleh membawa kepada dosa.

Bagaimana pula takrifan orang berakal bagi orang dunia? Hmm..sudah pasti anda dapat menekanya. Bagi orang dunia, definisi orang berakal ialah mereka yg berjaya dalam pelajaran, mendapat result yg baik dlm SPM, CGPA yg tinggi di Universiti, mereka2 yg mempunyai ijazah2 yg tinggi, berpangkat Professor, mereka yg berjawatan tinggi, mampu membangunkan Negara dengan bangunan yg tinggi2, orang yg kaya raya dan sebagainya. Beginilah definisi orang berakal pada kacamata orang dunia. Terlalu mengagungkan dunia sehingga lupa akhirat. Sesuailah mereka dinamakan sebagai orang dunia.

Namun, bagi orang tasawuf, orang berakal bukanlah semata2 mereka ini tidak gila, bukan semata2 mereka percaya kpd wujudnya Allah, bukan semata2 pandai dalam pelajaran, tp bagi orang tasawuf, orang berakal ialah orang yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Orang yg hidupnya hanya untuk mendapat keredhaan drpd Allah. Justeru, andai seseorang itu tidak gila, namun kerja sehariannya bukan untuk akhirat, dia tetap tidak berakal. Orang yg percaya kpd Allah dan hari akhirat, namun kerja buatnya tidak bermatlamatkan redha Allah, dia tetap tidak berakal. Justeru, orang berakal bagi orang tasawuf ialah mereka yg melakukan segala kerja dalam kehidupan sehariannya, bukan hanya ibadah, malah segala gerak kerja mereka adalah untuk hari akhirat.

Persoalannya, adakah kita ini tergolong dalam golongan orang yg berakal?...

Lu Pikirlah Sendiri..Kalau Lu Ada Akal.


…bersambung di episod akan datang.

Tuesday, October 28, 2008

Chelsea Akhirnya Tewas di Laman Sendiri


Rekod tanpa kalah chelsea di laman sendiri sebanyak 86 perlawanan, dari tahun 2004, akhirnya berkecai setelah tewas kpd Liverpool di Stamford Bridge. Perlawanan tersebut amat penting bagi chelsea dan liverpool kerana kedua2 pasukan ingin mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga perdana inggeris musim ini.



Jaringan 'nasib' Xabi Alonso pada minit ke 10 telah memusnahkan harapan chelsea untuk mengutip tiga mata, lantas di pintas livelpool sebagai pendahulu liga sekarang ini. walaupun asakan demi asakan dilakukan oleh Chelsea, namun disebabkan oleh ketumpulan jentera serangan chelsea dan dibantu oleh permainan bertahan daripada liverpool setelah mereka mendahului dgn satu gol, telah menyebabkan Chelsea gagal menghasilkan sebarang gol. Lampard dan Deco, yg biasanya amat gemar melakukan cubaan jarak jauh seakan2 takut untuk melakukan cubaan jarak jauh pada malam tersebut. ketiadaan Drogba dan Joe Cole juga ternyata membataskan sengat jentera serangan Chelsea.




Kenapa Chelsea?

Di dalam satu usrah, beberapa tahun yg lepas, naqib saya ada bertanya tentang pasukan kegemaran kami, so jawapan saya pastilah chelsea. kebetulan sama seperti naqib saya..huhu..kenapa saya memilih chelsea sebagai pasukan kegemaran. lain orang lain minatnya. sememangnya 4 pasukan terkuat liga perdana Inggeris, Chelsea, Man U, Arsenal dan Liverpool mempunyai peminat mereka masing2. banyak faktor2 yg menyebabkan seseorang itu minat terhadap sesebuah pasukan. ada yg minat disebabkan corak permainan yg menarik seperti di tunjukkan oleh arsenal dan Man U, corak permainan laju dan menarik, short pass, 1-2 dll. ada yg minat pasukan disebabkan oleh player dlm pasukan tersebut seperti C. Ronaldo, Gerrard, Fabregas, Lampard, Rooney, Torres dll lagi. ada juga yg minat kerana manager pasukan tersebut dan ada juga yg minat pasukan itu kerana ikut kawan ataupun ikut majority. contohnya bila ramai orang minat MU, so dia pun minat MU.

jadi, bagi saya, kenapa saya minat Chelsea? corak permainan Chelsea tidaklah menarik kerana mereka suka main long ball, jarang sekali mereka bermain secara laju. Namun sudah ada sedikit perbezaan setelah diambil alih oleh Scolari. pemain chelsea juga tak ramai yg boleh menggelecek dgn baik, atau mampu bawa bola secara solo..so kenapa minat chelsea?

Sebenarnya saya minat Chelsea adalah kerana seorang pemain..iaitu Frank Lampard.


So, kenapa Lampard? Lampard adalah seorang midfielder yg amat baik. dia mampu menghantar bola secara tepat. dan faktor utama saya minat Lampard adalah kerana keupayaannya menjaringkan gol secara jarak jauh. kemampuannya menjaringkan sepakan percuma juga mengagumkan saya. rembatannya yg padu pasti menakutkan penjaga gol. namun, musim ini, masih belum dapat kita saksikan Lampard menjaringkan gol secara jarak jauh..mungkin kerana umurnya yg telah mencecah 30 tahun. terasa teringin menyaksikan Lampard kembali menyengat sebagaimana2 beberapa musim yg lepas di zaman kegemilangan Chelsea di bawah Jose Mourinho.





Zaman gelap Chelsea

Sudah pasti zaman gelap Chelsea adalah pabila Avram Grant menjadi pengurus Chelsea dan seorang pemain defence dari Israel menyertai Chelsea. Amat serba salah rasanya bila seorang bangsa Israel menjadi pengurus Chelsea..terpaksalah berehat sekejap daripada terus teruja bersama dengan chelsea. sudah berkira2 untuk mencari pasukan lain pula. Mujurlah pada musim ini, Cheslea telah diambil alih oleh Scolari. :)




Salahkah minat bola?

"al-aslu fi kulli asyaa', al-ibahah"
asal kepada setiap sesuatu perkara itu adalah harus,
kacawali ada dalil yg menunjukkan kpd pengharamannya. sebagai contoh, guna hanset hukum asalnya adalah harus, tp bila kita gunakan hanset untuk perkara2 yg melaghakan, seperti menghabiskan kredit untuk perkara2 yg x sepatutnya, so ia akan membawa kpd dosa.

jadi, bolehkah kita guna pakai kaedah diatas didalam bab minat bola ataupun secara lebih khusus lagi tengok bola (maksudnya tengok perlawanan bola, bukan duk tengok bola tu je, nanti org kata kita gila.) saya bukanlah seorang yg faqih dalam bab hukum2 ni, so kena tanya ustaz2 lah.

Cuma bagi saya, selagi mana ia tak menjejaskan aqidah kita, tak menjejaskan amal ibadah kita, tidak melaghakan kita, maka perkara itu menjadi harus bagi kita. so, pandai2 lah kita mengawal diri dan perasaan dlm perkara2 yg diminati. sudah pasti, andai bertembung perkara yg diminati dengan perkara yg wajib diikuti, perkara yg wajib itu hendaklah di awlakan.

Dan dalam permainan bola sepak, tiada masalah untuk kita mencontohi pemain2 seperti C. Ronaldo, Gerrard, Fabregas, Lampard, Beckham, Kaka dan sebagainya kerana mereka ini amat hebat diatas padang, tp jgnlah kita mencontohi gaya hidup mereka, khususnya yg melibatkan kehidupan peribadi para pemain bola sepak.

Sekian wassalam.

Monday, October 27, 2008

Final Exam..kemana destinasiku?



Alhamdulillah, setelah lebih kurang 5 tahun setengah belajar di UIA, termasuk matrikulasi, maka beberapa hari lagi akan menjelma exam terakhir sebelum saya garaduate dr bumi uia untuk ijazah pertama. Insyaallah.

Namun, hari ni saya tak berniat untuk berbincang tentang final exam tersebut, tapi ingin berbincang tentang kemana destinasi selepas grad nanti.

Berikut adalah beberapa option yg dalam perancangan.

1. Sambung ke peringkat Master dan 5th year Syariah Law.
Progress: Borang Syariah telah hantar, tp borang Master belum hantar lagi. Kalau ikut hati malas dah nak belajar civil law ni..hmmm

2. Bekerja di mana2 agensi kerajaan
Progress: Borang SPA dah hantar. Menunggu tawaran sekiranya dapat.

3. Bekerja dimana2 syarikat swasta
Progress: belum pergi temuduga dan tak hantar resume kat mana2 lagipun.

4. Bekerja sendiri, buat bisness.
Progress: Belum ada idea dan blum merancang apa2. Mungkin pasni boleh cuba tanya2 senior.

5. Buat chambering di mana2 firma guaman.
Progress: Belum pergi temuduga dan belum apply kat mana2 lagi. Sebenarnya tak beminat untuk jadi lawyer pun.

6. Lain-lain
Progress: yang ni tunggu tawaran kalau ada sapa2 yang nak tawar kerja kat mana2..huhu. mungkin mengajar ke, buat bisness ke..apa2 je lah.

Hmm..banyak sebenarnya option yg ada. Cuma nak cari yg mana kena dengan jiwa dan minat tu susah sikit..maklumlah..belajar law, tp tak minat law. Tp yg penting, final exam ni kena buat yg terbaik..insyaAllah.


Yang penting..setelah berusaha, hendaklah tawakal kpd Allah.. insyaAllah, rezeki ada di mana2..tutor saya ada pesan, lepas habis final exam, jgn cepat sangat nak start kerja, cuti dulu sebulan, ..sbb bila dah kerja, takde masa cuti lagi..hmm.

Akhirnya, semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat..wassalam.

Thursday, October 23, 2008

DISCOVER THE BEAUTY OF ISLAM-MA'RUF CLUB


Alhamdulillah..Ma’ruf Club sesi 2007/2008 telah melabuhkan tirainya pada 13hb Oktober yg lepas di dalam AGM yg begitu gilang gemilang. Terima kasih kpd semua committee yg telah terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk skali muslimat yg menjayakan pentomin yg julung2 kali dpt di saksikan. Terima kasih juga kepada semua yg sudi hadir, sama ada members Ma’ruf Club (MC), student UIA, dan juga perwakilan dari seluruh university di Lembah Klang.


Maka, berakhirlah sudah sebuah episod kehidupan sebagai manusia yg ditaklifkan sebagai Chairperson Da’wah & Tarbiyah Secretariat, Ma’ruf Club.



sayonara MC


Sebenarnya tiada apa yg dapat saya banggakan sepanjang memegang taklifan ini. Bahkan, pelbagai komentar yg diterima sepanjang memegang jawatan sbg Exco D&T MC. Terima kasih kpd semua yg sudi memberikan pandangan dan komen untuk D&T khususnya dan MC amnya.

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang individu yg mampu memimpin sebuah jawatankuasa yg amat penting didalam ma’ruf club. Jiwa dan roh Ma’ruf Club, sebagai sebuah kelab yg fungsi utamanya membawa da’wah kpd seluruh warga UIA sudah pasti terletak di bawah gerak kerja D&T MC.

Pengalaman saya dalam gerak kerja society, terutamanya yg melibatkan perkara2 prosedure dgn admin, s-dev, stad dan yg sewaktu dengannya amatlah cetek. Sewaktu di matrik, saya pernah memegang jawatan sbg D&T Al-Quran Youth Club, yg sekarang ini sudah tidak wujud lagi dimatrik. Namun, tiada apa yg boleh saya banggakan dgn jawatan tersebut kerana, saya tak buat apa2. Setelah datang ke Gombak, sepanjang 4 tahun di di sini, hanya sekali saya terlibat dengan program society, iaitu Konvensyen Mahasiswa Undang2 National (KAMPUS 05),pada tahun kedua saya di UIA, sebagai head com transportation & accommodation. Dan prestasi saya dalam program itu amatlah teruk.

Selain proram KAMPUS, saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam mana2 program society, sama ada program LawSoc, Aikol Fest, Convest dsb. Hinggalah saya diberikan jawatan sebagai Exco DnT MC.

Menguruskan sebuah society, secretariat ataupun apa2 program yg melibatkan administration bukanlah satu perkara yg mudah bagi mereka yg tak biasa dengan perkara tersebut. Banyak procedure, working paper, report dsb yg perlu dilakukan. Disebabkan hal seperti inilah yg menjadikan saya kurang berminat untuk terlibat dengan program2 seperti ini.

Dan sebagai Chairperson D&T, segala tanggungjawab dakwah, melaksanakn yg ma’ruf dan mencegah kemungkaran terletak pada bahu Chairperson D&T. Isu couple, perempuan bonceng motor dgn lelaki, isu pakaian dan lain2 lagi perlu ditangani. Kita mencanangkan untuk mewujudkan biah solehah di uia. Namun, setelah jawatan diletakkan, segala-galanya masih amat jauh dari apa yg kita canangkan.

Kaedah feqah ada menyebut:

وما لا يدرك كله, لا يترك كله
“Apa yg kamu tidak mampu lakukan semuanya, janganlah kamu meninggalkan semuanya”
(saya tak pasti betul atau tak ayat yg saya gunakan untuk kaedah feqah diatas, sila rujuk kpd org yg lebih faqih)

Namun, adakah kita boleh menjadikan kaedah feqah ini sebagai hujah untuk mengatakan kita telah buat kerja kita. Kita mengatakan bahawa kita tak mampu melakukan semuanya. Tapi kita tak meninggalkan semuanya...Ada juga kerja2 dakwah yg kita laksanakan walaupun tak banyak.. Adakah ini satu hujah yg kuat?

Saya teringat kepada pesan Ustaz Nasruddin Tantawi, sewaktu bertemu dengan beliau lebih kurang setahun yg lepas. Beliau membacakan sepotong ayat..

وأعدوا لهم ما استطعتم من قوه

Beliau menjelaskan bahawa, maksud ما استطعتم di sini hendaklah difahami dengan fahaman yg lebih mendalam. Bukan kita memahaminya sebagai “sekadar yg kamu mampu” tetapi kita hendaklah memahaminya sebgai “sehabis mampu yg mungkin” dengan fahaman bahawa kita hendaklah melaksanakannya bukanlah sekadarnya shj, tetapi dengan sehabis mampu, pada tahap kemampuan yg tertinggi.

Persoalannya, adakah aku telah melaksanakan tanggungjawab sbg Chairperson D&T MC sehabis mampu yg mungkin? Jawapannya sudah pasti ‘tidak’. Sekiranya aku telah melakukan dengan sehabis mampu yg mungkin, sudah pasti perkara2 teknikal seperti procedure, working paper, report dan sebagainya adalah perkara yg remeh temeh jika dibandingkan dengan taklifan untuk melaksanakan dakwah di bumi UIA. Sudah pasti student2 perempuan tidak akan berani membonceng di atas motor student lelaki. Sudah pasti tiada lagi couple yg berani bercouple di cafe2, di bus stop, dll lg. namun kita lihat perkara ini msih lagi berleluasa malah semakin parah. Ini kerana, aku melaksanakannya hanya ‘sekadar yg aku mahu’ belum pun mencapai tahap ‘sekadar yg aku mampu’ apatah lagi tahap ‘sehabis mampu yg mungkin’.

Namun, segala2 nya belum terlambat. Gerak kerja dakwah perlu dilaksanakan sama ada kita mempunyai jawatan ataupun tidak. Janganlah hanya bilamana kita diberikan taklifan tersebut barulah kita rasa bertanggungjawab untuk melakukannya. Kerja dakwah ini adalah kewajipan terhadap setiap abna’ al-harakah.

Akhir kalam, terima kasih di ucapkan kpd semua yg telah bersama2 saya dalam menggerakkan Secretariat D&T MC kususnya dan Ma’ruf Club amnya. Semoga apa yg telah kita lakukan di kira sebagai amalan soleh disisi Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Semoga cita2 mewujudkan biah solehah di bumi uia akan tercapai suatu hari nanti..semuanya terletak di bahu kita..ya abnaa’ al-harakah sekalian.


Tema AGM, re-energizing da’wah through leadership perlu kita aplikasikan.
Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhir..wassalam.

Saturday, October 4, 2008

Salam Eidul Fitri...


Salam Perjuangan,
Salam Eidul Fitri.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri di ucapkan kpd semua pengunjung blog saya yg tak seberapa ini..walau apa pun yg kita lakukan, tiada yg lebih penting melainkan bertambahnya keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah..InsyaAllah

Pemergian Ramadhan di tangisi, kedatangan Syawal tetap dirai..Di sini ingin saya coretkan beberapa ucapan aidilfitri yg diterima melalui sms sepanjang raya ini…

Slm teman2…ramadhan kan pergi, syawal pula dinanti…lalu muhasabah di hujung ramadhan, sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh, atau kolam jiwa masih tercemar keruh oleh sembilu dosa dan duri angkara…berlalu ramadhan fajar syawal menjelma,muslimin dan muslimat menyambut hari raya, tanda kemenangan sebulan berpuasa..seLaMat HaRi RaYa…salam mujahadahmohon kemaafan zahir dan batin..kullu am wa antum bikhair.
tadarus al-quran keluarga sbg penutup ramadhan

Sempena Lebaran ini
Ku susun sepuluh jari
Pohon seribu kemaafan
Andai ada silap salah
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Salam eid fitri almubarak. Moga2 bertemu lagi ramadhan mendatang.ameen. mohon ma’af if ada tersalah kata & perbuatan. Syukran atas nasihat, bimbingan & motivasi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri! Ana minta maaf zahir & batin. “Semoga Ramadhan telah mhapuskan ksemua dosa kita & mberikan prubahan kbaikan dlm segala sudut khidupan.

yg perempuan pun join skali


Ramadhan sdh brlalu. Adakah kita akn berjumpa dgn rmadhan yg akn datang? Beruntunglah kpd sesiapa yg memanfaatkan ramadhannya kali ini. Slmt hari raya aidilfitri

Salam hari raya...Mohon maaf salah silap samada yg sedar atau tidak…
Semoga ramadhan berlalu dgn krahmatan, syawal tiba dgn kemuliaan…

bergambar ramai2


Dlm kerendahan hati, ada ktinggian budi. Dalam kmiskinan harta, ada kekeyaan jiwa. Dlm klembutan lidah, ada keterlurau anjuran kata. Dlm gurau senda ada khilaf dan dosa. “salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin” =)

Eid Mubarak. Ku pohon ampun & maaf ats salah silap yg pernah di lakukan. Smoga madrasah ramadhan m’beri 1001 erti dlm khidupan kita.

Shbtku, slm lebaran d ucapkan. Smg kualiti amalan d bln rmdhan dpt kita teruskan & prtingkatkan. Slmt Hari Raya:-)

Slmt hr raya aidil fitri…Kumohon brjuta2 kemaafan andai ada yg terluka…


Makan rendang di tepi sawah
Jangan lupa si ketupat raya
Kalau ada silap dan salah
Ampun dan maaf dipinta.
Selamat ari raya aidil fitri
Maaf zahir batin..=)

tak muat camera daa...

Slamat hri raya Aidilfitri, maapkan sgala salah silap spnjg perkenalan kta...Smga sntiasa di dalam rahmat Allah

E’id Mubarak…Mudah2an kedatangan Ramadhan & Syawal pd kali ini bakal menyucikan hati & mgembalikan kita kpd fitrah insaniyyah. Mohon maaf atas sgala slh & silap buat sume shbt2.

Ada Ketika Mata Silap Memandang,
Telinga Slh M’dengar, Lidah T’lanjur B’kata, Fikiran Khilaf Menafsir & Hati Silap M’duga. Mohon Maaf aTas Sgalanya & Salam Aidilfitri.

Salam ‘eid mubarak..kullu ‘aamin wa’antum bikhair..taqabbalallahu minna waminkum..smg kita mnjd hamba yg b’taqwa, b’syukur diatas ni’matnya, diberi ptunjuk kea rah kbnranNya..Selamat hari raya ‘eidilfitri,maaf zahir batin…

Salam “Eid Mubarak! Mg m’dapat kegembiraan yg dijanjikan...Maaf zahir & batin atas khilaf persahabatan..TaqabbalaLlahu minna wa minkum..Kullu ‘Aamin wa antum Bikhair

Selangkah meninggalkan Ramadhan,selangkah menuju kmenangan..mg Ramadhan yg ditinggalkan brlalu dgn penuh insaf, Syawal yg tiba dirai pnuh kesyukuran.Minal ‘aidi walfaizin..’EID MUBARAK:-)




selamat hari raya...

Saturday, September 27, 2008

Kisah Sepanjang Ramadhan Tahun Ini

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan,
Salam Lailatulqar,
Salam Perjuangan.

Ramadhan telah hampir kepada penghujungnya. Mungkin sekarang kita sudah boleh menilai diri kita adakah hari-hari yg telah berlalu sepanjang Ramadhan ini telah dapat mentarbiyah diri kita seterusnya mendekatkan diri kepada ketaqwaan. Andai jawapannya adalah negative, masih ada beberapa hari lagi yg boleh kita optimumkan untuk amal ibadah kita.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, ada beberapa kisah kematian yg menimpa mereka2 yg disekelililng saya. Justeru, ingin saya berkongsi kisah2 tersebut, yg pada hemat saya, setiap kisah kematian ini memberi signifikasi yg berbeza di dalam hidup saya. Moga2 setiap satu darinya akan dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada kita semua.

“ Orang yg paling bijak itu ialah mereka yg selalu mengingati mati”

Firman Allah didalam al-Quran, yg bermaksud:

“Apabila tiba ajal seseorang itu, tidaklah dia dapat melambatkannya walaupun sesaat, dan tidak juga dia dapat mempercepatlkannya”

Kisah Pertama,

Berlaku di awal Ramadhan, pemergian seorang mujahidah, Siti Hajar Idzham, seorang pelajar tahun 1 di UIA Gombak. Saya bukanlah mengenali sangat dengan beliau, namun kami sama-sama berada didalam jalan dakwah. Justeru, kehilangan itu sedikit sebanyak dirasai. Alhamdulillah, Allah beri kepada saya kesempatan untuk menunaikan solat jenazah beliau di Masjid Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Selesai sahaja kelas pada pukul satu, terus saya memecut ke tempat sembahyang jenazah kerana sembahyang jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor. Dan Alhadulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya sampai ontime di sana, walaupun dalam keadaan jalan ke Kompleks Tabung Haji itu tidak saya mahir sangat. Itulah bakti terakhir yg mampu saya berikan kepada beliau.

Dan dengan menaiki motor buruk saya yg tidak ber ‘roadtax’ itu, Allah masih beri kesempatan untuk saya hadir ke pengebumian beliau di tanah perkuburan seksyen 21 Shah Alam tanpa sebarang masalah, walaupun pada awalnya, saya ingatkan tempat pengebumian itu dekat shj, tp sbnarnya memakan masa sejam jg untuk sampai ke sana. Dan alhamdulillah, jenazah beliau selamat di kebumikan tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya perkara2 seperti inilah yg dapat memberi keinsafan kepada kita dan mengingatkan kita kepada kematian. Dan semoga Allah matikan aku di dalam keadaan di mana aku masih thabat dan istiqamah didalam jalan dakwah sebagaimana mujahidah Siti Hajar.

Kisah Kedua

Berlaku pada pertengahan Ramadhan yg lalu, menimpa salah seorang rakan sekelasku di Maahad Tahfiz Pulai Chondong dahulu, saudara Fathul Hakimi, pelajar jurusan architecture UIAM yg telah kehilangan ayahanda yg tercinta. Ayah beliau meninggal di sebabkan oleh beberapa jenis penyakit yg melanda. Namun saya tak berkesempatan untuk mengunjung beliau. Hanya sempat mengucapkan takziah apabila bertemu dengan beliau ketika majlis ifthar MTAQ baru2 ini.

Perkara ini sebenarnya mengingatkan saya kepada ayah dan ibu saya, yg perlu saya bersedia untuk menerima kehilangan mereka pada bila-bila masa sahaja kerana mereka berdua sudah tua. Justeru, saya perlu mencurahkan seberapa banyak bakti kepada mereka dan menjaga hati mereka berdua selagi mereka masih hidup.

Teringat kpd pesan ibu saya pada Ramadhan tahun lepas melalui telefon. Kata ibu:
“ Di kampung kita ni sudah ada 4 orang yg meninggal dunia dalam masa terdekat. Jadi, sekiranya ibu meninggal lepas ni, ada 3 benda ibu nak pesan..ibu ada 3 orang anak yg ibu hantar belajar agama, jadi yg pertama, ibu nak 3 orang inilah yg berada dalam kubur yg menyambut jenazah ibu nanti bila ibu hendak dikebumikan. Yg kedua, ibu hendak salah seorang daripada 3 orang inilah yg mengimamkan solat jenazah ibu nanti. Bincanglah diantara kamu nanti siapa yg kena jadi imam. Dan yg ketiga, sekiranya ada di buat tahlil, ibu nak 3 orang anak ibu yg ibu hantar belajar agama inilah yg mengetuai bacaan tahlil ibu nanti..”

Justeru, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tua kita selagi mereka masih hidup, bantulah mereka, tunjukkanlah sifat2 baik yg wujud didalam diri kita, agar wajah mereka berseri2 melihat kehadiran kita di sisi mereka.

Kisah Ketiga,

Berlaku di akhir Ramadhan, pada tanggal 26 Ramadhan beberapa hari yg lalu, saya telah kehilangan seorang sahabat dan rakan sekelas di Kuliyah Undang-Undang, saudara Zumratullah b Zakaria, yg telah pulang menghadap ilahi pada pagi 26 Ramadhan. Pada pagi tersebut, agak lewat saya sedari di handphone saya ada satu misscall yg tertera waktunya, jam 5.39 pg dan satu message yg tertulis: “ Salam, kawan kita Zumratullah meninggal dunia pg td coz accident balik kelantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Alfatihah..”..amat terkejut bila membaca msg tersebut. Sesuatu yg kita tidak jangka-jangka melanda mereka2 yg berada di sekeliling kita.

Teringat kenangan bersama beliau, Zum lah yg saya selalu minta tolong untuk isi attendance di dalam kelas Criminal Procedure 2 sem ni. Dan sebagai balasan, saya juga kena tolong isi attendance beliau bila mana beliau tak dapat datang. Selalu massage kepada saya andainya kelas tiada kelas dan sebagainya. Walaupun tidak banyak kenangan dengan beliau, tp beliau seorang yg baik, mudah untuk diminta tolong dan mudah untuk memberi pertolongan dalam pelbagai hal. Mungkin roommate beliau, saudara Zukhairi dan saudara Lukman lebih mengenali beliau. Dan pemergian beliau pastinya dirasai oleh seluruh warga AIKOL, samada rakan2 pelajar mahupun pensyarah.-maklumat lanjut boleh layari blog:
http://zukhairi-salehudin.blogspot.com

Begitulah 3 kisah kematian yg hadir didalam diriku sepanjang bulanRamadhan tahun ini. Moga2 kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yg berlaku. Bersedialah untuk bertemu dengan kematian kerana kematian itu pasti akan tiba.

Salam takziah buat keluarga ketiga-tiga arwah tersebut. Semoga Allah tempatkan mereka semua di dalam syurga-Nya bersama dengan nikmat2 Mu yg tak terhingga. Semoga apa yg berlaku dapat memberi pengajaran kepada kami yg jahil lagi degil ini. Al-Fatihah untuk mereka semua…